Page 115 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 115
BAB 6 : P emelihar aan dan P emulihar aan T umbuh- T umbuhan S emula Jadi dan Hidupan Liar
BAB 6 : Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Mengurangkan Pencemaran Udara
• Kualiti udara dapat dikekalkan dengan adanya litupan kawasan hijau.
• Kawasan hijau di lokasi padat pembangunan seperti kawasan bandar memainkan peranan
penting dalam mengawal pencemaran udara.
• Litupan kawasan hijau mampu menyerap karbon dioksida dan menyumbang kepada
pertambahan gas oksigen.
Mengurangkan Pencemaran Air
• Tumbuh-tumbuhan berperanan mengawal hakisan di cerun bukit ketika hujan dan mengawal
pergerakan air hujan di permukaan bumi.
• Tumbuh-tumbuhan mempengaruhi larian air permukaan. Pintasan air hujan oleh kanopi
hutan menyebabkan halaju air hujan akan menimpa tanah dengan perlahan. Apabila halaju
titisan air hujan diperlahankan maka air hujan lebih banyak meresap masuk ke dalam tanah
berbanding dengan mengalir di permukaan. Kesannya, kadar larian air permukaan dapat
dikurangkan.
• Larian air permukaan yang terganggu oleh akar pokok tidak berupaya melakukan hakisan
dan keadaan ini mampu menyelamatkan sungai daripada pemendapan tanih.
Menggalakkan Ekopelancongan
• Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar merupakan tarikan ekopelancongan utama
di kebanyakan negara dan menggalakkan perkembangan industri pelancongan.
• Kawasan hutan yang menjadi tarikan pelancong untuk melihat tumbuh-tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar yang tidak terdapat di negara mereka.
• Sebagai contoh, Malaysia yang mempunyai khazanah hutan tertua dengan pelbagai spesies
tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang unik menjadi tumpuan pelancong
Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Barat.
• Lokasi ekopelancongan yang terkenal di Malaysia antaranya ialah Taman Negara, Pahang,
Lembah Danum dan Maliau Basin, Sabah dan Taman Negara Similajau, Sarawak.
Aktiviti 6.1
Tajuk: Ceramah oleh pihak PERHILITAN, FRIM, Zoo, Jabatan Perhutanan.
Objektif: Menghuraikan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar.
Alatan: LCD dan komputer.
Langkah-langkah:
1. Murid membuat surat jemputan kepada pihak PERHILITAN untuk menyampaikan ceramah
tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar.
2. Murid diminta mencatat kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar yang disampaikan oleh penceramah.
3. Murid diminta melengkapkan peta pemikiran tentang kepentingan pemeliharaan
dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
107
10 7

