Page 116 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 116

6.4        Usaha Pemeliharaan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan

                             Hidupan Liar di Dunia


               Pelbagai usaha pemeliharaan
               dijalankan di seluruh dunia bagi
               melindungi tumbuh-tumbuhan                         Penguatkuasaan   Penubuhan
                                                                                     Taman
               semula jadi dan haiwan liar yang                   Undang- undang     Negara
               diancam kepupusan. Sebahagian
               usaha telah berjaya malah beberapa
               spesies tidak lagi berada dalam             Kempen                             Pewartaan
               senarai yang diancam kepupusan.            Kesedaran                             Hutan
                                                         Alam Sekitar                           Simpan
               Usaha Pemeliharaan
               Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi
               dan Hidupan Liar di Malaysia               Penilaian                           Pendidikan
                                                            Impak
                                                                                                Alam
               Usaha pemeliharaan tumbuh-tumbuhan        Alam Sekitar                           Sekitar
               semula jadi dan hidupan liar di Malaysia     (EIA)   Usaha-usaha Pemeliharaan
               melibatkan pelbagai pihak iaitu pihak kerajaan,         Tumbuh-tumbuhan
               pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang             Semula Jadi dan Hidupan
               awam. Rajah 6.2 menunjukkan usaha-usaha                   Liar di Malaysia
               pemeliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi
               dan hidupan liar di Malaysia.
                                                             Rajah 6.2: Usaha-usaha pemeliharaan tumbuh-tumbuhan
                                                                   semula jadi dan hidupan liar di Malaysia
                 Penguatkuasaan Undang-undang

               Beberapa akta digubal bagi melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

                            Jadual 6.1: Akta yang Melindungi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
                          Akta                                     Keterangan
                                           • Mewujudkan hutan simpan kekal
                                           • Larangan mengambil hasil hutan daripada kawasan
                  Akta Perhutanan
                  Negara 1984                 hutan simpan kekal
                                           • Denda maksimum RM500 000 dan penjara mandatori minimum
                                              1 tahun dan tidak melebihi 20 tahun kepada pembalakan haram
                                           • Mengeluarkan lesen untuk permohonan memburu haiwan
                                           • Pengisytiharan rizab hidupan liar dan kawasan
                  Akta Pemuliharaan           perlindungan hidupan liar
                  Hidupan Liar 2010        • Memburu hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen akan
                                             dikenakan denda tidak melebihi RM50 000 atau dipenjarakan
                                             selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
                                           • Mewartakan kawasan yang kaya dengan sumber sebagai
                                              kawasan pemeliharaan seperti taman negara dan taman laut
                  Akta Kualiti Alam
                  Sekeliling 1974,         • Hukuman denda dan penjara ke atas pesalah yang
                  Pindaan 1985                merosakkan dan mencemarkan sumber alam
                                           • Denda tidak melebihi RM20 000 atau penjara tidak melebihi
                                              2 tahun atau kedua-duanya sekali
          108
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121