Page 113 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 113

BAB 6 : P emelihar aan dan P emulihar aan    T umbuh- T umbuhan S emula Jadi dan Hidupan Liar
                                                       BAB 6 : Pemeliharaan dan Pemuliharaan  Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar



                    Menjamin Sumber Bekalan yang Berterusan

                    •  Pertambahan penduduk dan kawasan perumahan
                      menyebabkan permintaan terhadap sumber
                      berasaskan flora dan fauna meningkat.
                    •  Keadaan ini memberi kesan terhadap sumber hutan
                      jika tidak diuruskan dengan baik.
                    •  Bagi menjamin bekalan sumber kayu berterusan,
                      pengurusan sumber hutan dan pembangunan lestari
                      perlu diamalkan.
                    •  Mengurangkan penggunaan sumber secara optimum
                      bagi mengurangkan pembaziran.




                                                                              Penghasilan papan daripada kayu balak

                  Kelangsungan Sumber Air Bersih


                  •  Hutan merupakan kawasan tadahan dan menjadi sumber air bersih kepada manusia.
                  •  Kawasan hutan menyimpan air bawah tanah yang banyak kerana litupan kanopi hutan
                    menghalang penyejatan air serta menghalang pancaran matahari daripada terus sampai
                    ke permukaan tanah.


























                                       Kawasan hutan di sekitar Empangan Semenyih, Selangor


                       Glosari
                       Glosari
                  Kawasan tadahan:
                  Kawasan air yang ditampung secara semula jadi atau secara buatan.


                                                                                                            5
                                                                                                         10
                                                                                                         105
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118