Page 152 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 152

Penjimatan Penggunaan Tenaga di Dunia
               •  Langkah penjimatan tenaga dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjimatkan sumber tenaga
                 dan memelihara alam sekitar.
               •  Rajah 8.4 menunjukkan langkah-langkah penjimatan penggunaan tenaga di dunia.


                                                           •  Amalkan langkah penjimatan seperti membasuh
                                                            pakaian apabila muatan mesin basuh penuh.
                                      Tempat Tinggal       •  Mengubah reka bentuk bangunan yang

                                                            mengutamakan sistem pencahayaan semula jadi.


              •  Guna peralatan elektrik jimat tenaga
                seperti lampu LED dan penghawa              Tempat Kerja
                dingin dengan teknologi inverter.



                                                           •  Gunakan kenderaan yang menjimatkan
                                        Kenderaan            bahan api seperti kereta hibrid
                                                             dan kereta solar.


               •  Kitar semula bahan buangan yang
                 terdiri daripada logam, kertas          Industri Kitar Semula
                 dan plastik.



                                                           •  Gunakan tenaga boleh baharu
                                    Sumber Alternatif
                                                             seperti tenaga suria.





                                    Rajah 8.4: Langkah penjimatan penggunaan tenaga di dunia
                      Glosari
                      Glosari
                Teknologi inverter: Peranti yang menukarkan arus terus kepada arus ulang-alik. Ini boleh dilakukan dengan
                menggunakan sistem elektromekanik dan litar elektronik.

                   Aktiviti 8.2

                Tajuk:   Kajian kes tentang kesan pengurusan sumber tenaga.
                Objektif: Menghuraikan kesan pengurusan sumber tenaga terhadap alam sekitar.
                Langkah-langkah:
                1. Bahagikan murid kepada empat kumpulan.
                2. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang sama.
                3. Setiap kumpulan diminta mengumpul maklumat kesan pengurusan sumber tenaga di Malaysia
                    atau negara lain melalui Internet.
                4. Catatkan dapatan dalam bentuk power point.
                5. Wakil setiap kumpulan membentangkan dapatan masing-masing.
                6. Guru membuat penilaian.

          14 14 4
          144
            4
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157