Page 149 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 149

BAB 8 : Kesan Penerokaan dan Pengurusan Sumber Tenaga

                 Menjamin Bekalan Sumber yang Berterusan

                 •  Pertumbuhan pesat penduduk dunia menyebabkan permintaan terhadap bekalan sumber tenaga
                  bertambah. Keadaan ini akan memberikan tekanan kepada sektor tenaga sesebuah negara dalam
                  memenuhi keperluan pengguna.
                 •  Bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan pada masa hadapan, pembangunan lestari
                  perlu diamalkan. Pengurusan sumber tenaga yang cekap secara optimum perlu dijalankan bagi
                  mengelakkan pembaziran. Alternatif lain perlu dicari supaya penggunaan sumber tenaga tidak
                  boleh baharu dapat dijimatkan.
                 •  Tenaga boleh baharu seperti tenaga suria, tenaga angin dan tenaga ombak lebih mesra alam
                   dan tidak akan habis. Secara tidak langsung, ini dapat menjamin bekalan sumber tenaga yang
                  berterusan kepada pengguna dan mengekalkan sumber bahan api fosil untuk generasi akan datang.
                 Mengurangkan Kesan Perubahan Iklim
                 •  Penerokaan sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara.
                 •  Contohnya dalam kegiatan perlombongan petroleum, gas berbahaya seperti karbon dioksida,
                   karbon monoksida dan hidrokarbon dibebaskan ke udara akibat pembakaran gas di pelantar minyak.
                 •  Kilang penapisan petroleum juga membebaskan asap ke udara.
                 •  Pembebasan gas berbahaya ke udara boleh menyebabkan kesan perubahan iklim di dunia.
                 • Pengurusan yang baik dalam kegiatan industri tenaga dapat mengurangkan kesan pencemaran udara
                  dan perubahan iklim.

                     Info
                     Info
                     Geogra

                  Syarikat petroleum negara, PETRONAS, turut memainkan
                  peranan dalam menjaga dan melindungi alam sekitar.
                  Syarikat korporat ini turut memainkan peranan penting
                  dalam melaksanakan tanggungjawab menjayakan
                  aktiviti memelihara dan memulihara alam sekitar.
                  Antara inisiatif yang dijalankan ialah Program Biodiversiti,
                  Alam Sekitar dan Pemuliharaan (BEACON) di Bintulu,
                  Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon (ICCA)
                  dan Pusat Pengajian Imbak Canyon (ICSC) di Sabah.
                  (Sumber: Berita Harian, 16 November 2019)

                                                            Pencemaran udara daripada kilang penapisan petroleum







                                                                              Glosari
                                                                              Glosari
                                                                         Pembangunan Lestari: Pembangunan
                                                                         yang menggunakan sumber secara
                                                                         terkawal untuk menjamin penggunaan
                                                                         berterusan pada masa hadapan tanpa
                                                                         menjejaskan alam sekitar.



                         Kemusnahan hutan akibat pembinaan empangan
                                                                                                         141
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154