Page 150 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 150

8.3        Usaha Pengurusan Sumber Tenaga di Dunia




               Usaha pengurusan sumber tenaga secara terancang dijalankan bagi menjimatkan penggunaan sumber
               dan memelihara alam sekitar. Usaha ini dilakukan di kebanyakan negara di dunia.

               Penggunaan Sumber Tenaga Boleh Baharu

               •  Sumber tenaga boleh baharu seperti tenaga suria,
                 tenaga hidro, tenaga angin dan tenaga ombak
                 dimajukan dengan meluas di seluruh dunia.
               •  Penggunaan sumber tenaga boleh baharu dapat
                 mengurangkan penggunaan bahan api fosil
                 dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
               •  Penggunaan sumber tenaga boleh baharu juga
                 dapat mengelakkan krisis tenaga akibat kehabisan
                 bahan api fosil yang semakin berkurangan.

                                                                      Kenderaan yang menggunakan tenaga suria

                                                   Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
                                                   •   Dijalankan bagi menghasilkan sumber tenaga yang
                                                     mesra alam.
                                                   •   Contohnya Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
                                                     dan Universiti Tsinghua, China menjalankan penyelidikan
                                                     untuk menghasilkan bahan bakar biodiesel daripada
                                                     minyak sawit.
                                                   •   Negara Jepun telah meningkatkan peruntukan dana untuk
                Keratan akhbar tentang usaha memajukan
                   penghasilan biodiesel di Malaysia   penyelidikan terhadap sumber tenaga boleh baharu
                                                     seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.1.


                                                            Jadual 8.1: Peruntukan Negara Jepun Dalam Penyelidikan
                     Kod QR                                          dan Pembangunan Sumber Tenaga
                                                                                       Peruntukan Dana
               Malaysia berjaya menghasilkan biodiesel
               sawit B10 yang  sangat mesra alam.           Bidang Penyelidikan         USD (Juta)
               Apakah keistimewaan biodiesel sawit           dan Pembangunan     2015  2016   2017  2018
               B10 ini? Layari laman web berikut
               untuk mengetahuinya.
                                                          Kecekapan sumber tenaga  363  415    384   581
               (Sumber:  https://eravisi.com/geo/
               tg5/ms142/)                                Sumber tenaga fosil     317   204    91    142
                                                          Sumber tenaga boleh     383   325    275   371
                                                          baharu
                     Glosari                              Tenaga nuklear          882   859    883   877
                     Glosari
                Mesra alam: Tidak memudaratkan atau tidak   Tenaga hidrogen       106   107    112   166
                menjejaskan kualiti alam sekitar.                            (Sumber: EIA All Right Reserved, 2019)



          142
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155