Page 148 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 148

8.2        Kepentingan Pengurusan Sumber Tenaga Terhadap
                             Alam Sekitar


               Pengurusan sumber tenaga merujuk kepada usaha menguruskan sumber tenaga tidak boleh
               baharu dan sumber tenaga boleh baharu secara terancang. Pengurusan sumber tenaga penting
               untuk mengelakkan kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar, mengekalkan
               keseimbangan ekosistem, menjamin bekalan sumber yang berterusan dan mengurangkan kesan
               perubahan iklim.
               Mengelakkan Kepupusan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

               •  Kegiatan perlombongan dalam penerokaan sumber tenaga boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan
                 semula jadi dan mengancam hidupan liar.
               •  Contohnya perlombongan arang batu melibatkan penebangan hutan yang menjadi habitat
                 tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
               •  Tumpahan minyak dalam perlombongan petroleum pula menyebabkan kepupusan hidupan akuatik.
               •  Kerja perlombongan secara terancang dapat membantu mengurangkan kesan kemusnahan tersebut.





















                 Kemusnahan hutan akibat kegiatan perlombongan    Haiwan menjadi mangsa tumpahan minyak
                       arang batu di Hambacher, Jerman


               Mengekalkan Keseimbangan Ekosistem
               •  Ekosistem ialah satu sistem yang terdiri daripada biotik (benda hidup) dan abiotik (benda bukan
                hidup) yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
               •  Penerokaan sumber tenaga yang tidak terkawal telah menyebabkan gangguan terhadap
                ekosistem daratan dan ekosistem akuatik.
               •  Ekosistem daratan akan terjejas apabila penerokaan sumber tenaga seperti arang batu
                 dan uranium tidak diurus dengan baik. Contohnya kemusnahan sumber hutan akan menyebabkan
                haiwan liar pupus kerana hilang habitat dan sumber makanan.
               •  Ekosistem akuatik terganggu apabila berlaku
                tumpahan minyak berskala besar dalam kerja-kerja      KBAT
                 penerokaan petroleum yang dijalankan di laut.
               •  Pengurusan sumber tenaga yang cekap          Andaikan satu projek empangan hidroelektrik
                 dan terancang dapat mencegah daripada         dirancang berdekatan kawasan tempat tinggal anda.
                                                               Adakah anda menyokong atau membantah
                berlakunya ketidakseimbangan ekosistem.        rancangan itu? Bahaskan.


          140
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153