Page 147 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 147

BAB 8 : Kesan Penerokaan dan Pengurusan Sumber Tenaga

                 Empangan Hidroelektrik

                 Keperluan terhadap sumber tenaga alternatif semakin meningkat sehingga penerokaan terhadap
                 tenaga hidroelektrik berlaku di kebanyakan negara. Pembinaan empangan untuk menjana tenaga
                 hidroelektrik telah melibatkan penggondolan bukit dan penenggelaman kawasan hutan.
                 Ini memberi kesan buruk kepada alam sekitar.



























                                         Rajah 8.3: Kesan pembinaan empangan hidroelektrik
                          Kod QR

                    Layari laman web berikut untuk melihat kesan pembinaan empangan terhadap alam sekitar.

                    (Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/ms139/)

                 Kesan terhadap alam sekitar

                 •  Gangguan ekosistem - Takungan air menyebabkan perubahan tekanan, suhu, serta ciri kimia
                   dan fizikal air menyebabkan banyak spesies hidupan akuatik pupus.
                 •  Kepupusan hidupan liar - Hidupan liar kehilangan habitat akibat kawasan hutan ditenggelami air.
                 •  Kejadian tanah runtuh - Berlaku disebabkan hakisan tebing sungai dan cerun bukit semasa
                   kerja-kerja pembinaan.
                 •  Kepupusan spesies flora berharga - Kayu cengal, meranti dan tualang serta tumbuh-tumbuhan
                   herba ditenggelami air.

                     Aktiviti 8.1

                  Tajuk:   Pidato tentang kesan penerokaan sumber tenaga.
                  Objektif: Menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga terhadap alam sekitar.
                  Langkah-langkah:
                  1. Bentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima orang ahli.
                  2. Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan tentang cara-cara penerokaan sumber
                      tenaga memberi kesan terhadap alam sekitar.
                  3. Pilih seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk mengemukakan hasil perbincangan.
                  4. Pembentangan hasil perbincangan dalam bentuk pidato.

                                                                                                         139
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152