Page 164 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 164

9.2      Faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi Utama





               Kegiatan ekonomi utama dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan

               kepada dua iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan.
                                            Faktor Fizikal
               Faktor yang                  • Bentuk muka bumi  •  Tanih  •  Iklim  •  Bahan mentah
               Mempengaruhi
               Kegiatan Ekonomi             Faktor Kemanusiaan
               Utama                        • Teknologi   • Infrastruktur  •  Pasaran
                                            • Buruh     • Modal       •  Dasar kerajaan
               Faktor Fizikal

               Bentuk Muka Bumi
               •  Tanah tinggi sesuai untuk kegiatan pelancongan
                 dan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran hawa
                sederhana seperti di Cameron Highlands.
               •  Tanah beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit
                seperti di Segi Tiga Jengka, Malaysia dan Riau, Indonesia.     Perikanan - pinggir laut
               •  Bentuk muka bumi jenis tanah pamah yang rata sesuai untuk
                penanaman padi sawah seperti di Dataran Kedah-Perlis
                 dan kawasan perindustrian seperti di Shah Alam.
               •  Pinggir laut sesuai untuk perikanan seperti di Kemaman,

                Malaysia dan Chanthaburi, Thailand.


                                                                              Perindustrian - tanah pamah
                                                          Kegiatan ekonomi di kawasan bentuk muka bumi yang berbeza
                                                         Tanih
                                                     •  Jenis tanih mempengaruhi jenis tanaman yang diusahakan.
                                     Kelapa - tanih beris
                                                     •  Tanih aluvium sesuai untuk penanaman padi sawah
                                                       seperti di Dataran Kedah-Perlis, Malaysia
                                                       dan Lembangan Chao Phraya, Thailand.

                                                     •  Tanih laterit yang bersaliran baik sesuai untuk penanaman
                                                      kelapa sawit seperti di Segi Tiga Jengka, Malaysia
                                                       dan Kalimantan, Indonesia.
                                                     •  Tanih gambut sesuai untuk penanaman nanas
                                                       seperti di Rengit dan Pontian, Malaysia.
                                                     •  Tanih beris sesuai untuk penanaman kelapa dan kenaf
                                                      seperti di Bachok, Kelantan dan Tagalog Selatan, Filipina.
                                                     •  Tanah liat (kaolin) sesuai untuk industri pembuatan
                                Nanas - tanih gambut  tembikar seperti di Bidor, Perak, dan Pulau Bangka
                                                       dan Belitung, Indonesia.
                 Kelapa sawit - tanih laterit
                                                 Glosari
               Jenis tanaman mengikut jenis tanih  Glosari
                                            Tanih beris: Tanih yang terdiri daripada campuran tanah liat dan pasir.


          15
          15
          1566
          15 6
            6
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169