Page 171 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 171

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


                                                                                   BAB 9 : Kegiatan Ekonomi Utama

                 Kegiatan Ekonomi Sekunder

                 Industri Automatif di Jepun
                 Jepun merupakan pengeluar kenderaan yang terbesar di dunia. Kenderaan merupakan hasil eksport
                 Jepun yang utama. Pada tahun 2018, eksport kenderaan menghasilkan pendapatan kira-kira
                 AS$154.1 bilion.

                 Lokasi Kawasan Industri Automatif di Jepun
                 • Kawasan industri automatif utama di Jepun                                               U
                  ialah Tokyo, Nagoya, Osaka dan Hiroshima.
                 • Peta 9.3 menunjukkan lokasi kawasan pengeluaran
                  kereta di Jepun.
                                                                             Nagoya
                 Faktor yang Mempengaruhi Industri                            Toyota
                                                                        Osaka
                 Automatif di Jepun                                   Daihatsu
                 Bentuk muka bumi                                Hiroshima
                                                                     Mazda
                  • Kawasan tanah pamah sesuai untuk
                   pembinaan kawasan industri dan infrastruktur
                   yang baik.
                 Dasar Kerajaan                                                                  Tokyo
                                                                                                 Hino
                  • Kerajaan Jepun menyediakan pelbagai
                   kemudahan R&D, pemfailan paten dan insentif
                   modal serta cukai bagi industri automatif.
                 Teknologi
                  • Teknologi tinggi dalam kejuruteraan         Petunjuk
                                                                    Industri automotif
                   robotik, hibrid dan optik membolehkan
                   kenderaan yang berkualiti dikeluarkan.         Peta 9.3: Lokasi perusahaan automatif utama di Jepun
                 Tenaga Buruh
                  • Jepun mempunyai tenaga buruh yang berkemahiran tinggi.



                 Kepentingan Industri Automatif di Jepun
                 •  Menghasilkan pendapatan utama negara Jepun.
                 • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada
                   kira-kira 5.5 juta pekerja.
                  (Sumber: https://www.japanindustrynews.com,
                   14 Mac 2016)
                 • Menyokong industri hiliran lain
                   seperti pembuatan alat ganti kenderaan.

                       Glosari
                       Glosari
                  Industri hiliran: Kegiatan yang berkembang
                  daripada kegiatan utama.
                                                                           Kilang kereta berteknologi tinggi
                                                                           Kilang kereta berteknologi tinggi
                                                                                                         163
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176