Page 200 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 200
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab dalam
membimbing dan membantu saya menyiapkan laporan kerja lapangan ini. Ucapan terima
kasih kepada Tuan Pengetua SMK Sulaiman, En Shahrum bin Md Saud dan guru Geografi
saya iaitu Cik Norinawati binti Adnan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat kedua ibu
bapa saya iaitu En Huslizam bin Hassan dan Puan Norazlina binti Aris, rakan-rakan sekelas
yang banyak memberi idea dan bantuan semasa mengumpul data kajian dan menulis
laporan hasil kajian ini iaitu Amin, Alif dan Siti serta individu atau orang perseorangan yang
memberikan kerjasama semasa saya menjalankan kajian terutama penduduk Kampung
Gementi iaitu Encik Ady, Puan Ainon dan Encik Ramlan. Segala bantuan dari mereka
telah membolehkan saya menjalankan kerja lapangan dan menghasilkan satu laporan yang
lengkap. Terima kasih diucapkan.
PENDAHULUAN
Kajian ini melibatkan kegiatan ekonomi yang wujud di kawasan SMK Sulaiman,
Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya. Kawasan tersebut terletak berhampiran dengan
pusat bandar Bentong iaitu kira-kira 3 kilometer. Kebanyakan penduduk yang tinggal di sini
terlibat dalam sektor ekonomi perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan perniagaan.
Saya memilih kawasan SMK Sulaiman dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan
kajian disebabkan oleh kawasan tersebut merupakan kawasan sekolah saya. Selain itu,
kawasan kajian tersebut juga merupakan kawasan berhampiran dengan tempat tinggal
saya. Hal ini membolehkan saya menjalankan kajian secara terperinci dan memperoleh
maklumat dan data yang lengkap.
1
192
19 2

