Page 204 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 204

Bilangan responden  Kepentingan Kegiatan Ekonomi
                                         (orang)
                                                      di SMK Sulaiman dan Kawasan
                                                            Sekitarnya
                                         10
                                         9                             Petunjuk
                                                                          Peluang pekerjaan
                                                                          Meningkatkan
                                         8                                kemudahan
                                                                          infrastruktur
                                                                          Memenuhi permintaan
                                         7                                kawasan perumahan
                                         6

                                         5
                                         4
                                         3

                                         2
                                         1
                                                                          Kepentingan
                                                                           kegiatan
                                         0                                 ekonomi
                                                         Skala: 1 cm mewakili 1 orang
                                                        (Sumber: Borang soal selidik 10 orang responden)
                             Rajah 11.2 Kepentingan kegiatan ekonomi di SMK Sulaiman dan kawasan sekitarnya
                  a)  Mewujudkan peluang pekerjaan
                      Kemajuan kegiatan ekonomi di kawasan kajian telah membuka pelbagai peluang pekerjaan
                      kepada penduduk setempat. Penduduk dapat melibatkan diri dalam sektor pembinaan
                      sebagai buruh binaan. Selain itu juga, penduduk dapat memajukan perniagaan mereka
                      serta memasarkan hasil pertanian mereka kepada penduduk setempat atau kepada pembeli
                      dari luar kawasan mereka. Secara tidak langsung, taraf hidup penduduk di kawasan kajian
                      dapat ditingkatkan akibat berlakunya peningkatan pendapatan isi rumah mereka.

                  b)  Meningkatkan kemudahan infrastruktur
                      Pembinaan kawasan perumahan di kawasan kajian telah menyebabkan berlakunya
                      peningkatan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, kemudahan awam, bekalan air dan
                      elektrik. Kemudahan infrastruktur mengalami peningkatan dari segi kualiti akibat berlakunya
                      perebakan kawasan taman-taman perumahan. Pihak berkuasa tempatan akan menaik taraf
                      kemudahan seperti jalan raya akibat peningkatan jumlah penduduk yang berlaku.

                  c)  Memenuhi permintaan kawasan perumahan
                      Kegiatan pembinaan yang berlaku secara langsung dapat memenuhi permintaan kawasan
                      kediaman di kawasan kajian. Penduduk setempat dan kawasan sekitarnya dapat memiliki
                      kediaman sendiri akibat perkembangan tersebut. Penduduk tidak perlu lagi membeli atau
                      memiliki kawasan kediaman sendiri yang terletak di lokasi yang jauh dari tempat kerja
                      mereka. Keadaan ini dapat mengurangkan kos sara hidup yang tinggi sebelum ini.



                 5


         196
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208