Page 205 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 205

BAB 11 : Kerja Lapangan



                      3     Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Kajian


                    Kegiatan ekonomi yang pesat berlaku di kawasan kajian telah memberi kesan terhadap alam sekitar
                    dan manusia seperti hakisan tanah dan tanah runtuh, kejadian banjir kilat serta pencemaran air
                    dan udara.

                    a)  Hakisan tanah dan tanah runtuh
                       Aktiviti pembinaan kawasan perumahan telah mendedahkan permukaan tanah kepada
                       hakisan air hujan seterusnya boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh. Penebangan pokok
                       dan proses menggondolkan kawasan berbukit menyebabkan permukaan tanah terdedah.
                       Apabila turunnya hujan, permukaan tanah akan terhakis secara beransur-ansur. Sekiranya
                       dibiarkan dalam tempoh yang lama, risiko untuk berlakunya tanah runtuh adalah tinggi.


                    b)  Kejadian banjir kilat
                       Proses hakisan tanah yang berlaku juga secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya
                       kejadian banjir kilat. Apabila hujan lebat turun, aliran air hujan akan membawa tanah
                       yang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Kejadian banjir kilat boleh berlaku kerana
                       longkang tidak lagi mampu menampung kapasiti air yang banyak. Penduduk di Kampung
                       Gementi sering menghadapi kejadian banjir kilat kerana lokasi kampung tersebut terletak
                       agak rendah berbanding kawasan lain.

                    c)  Pencemaran air dan udara
                       Kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan di kawasan kajian secara tidak langsung boleh
                       menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara. Sungai di kawasan berhampiran
                       tidak lagi jernih seperti dahulu. Keadaan akan bertambah teruk apabila turunnya hujan
                       lebat kerana aliran air hujan membawa larutan tanah ke dalam sungai. Selain daripada
                       itu, apabila berlakunya cuaca panas, debu dan habuk akan mencemarkan udara di kawasan
                       kajian. Debu berwarna merah akan mencemarkan udara dan secara tidak langsung
                       mengotorkan kawasan kediaman di kawasan kajian.



                             Langkah bagi Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap
                     4
                          Alam Sekitar di Kawasan Kajian.

                    Bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan kajian, saya
                    telah menggariskan beberapa cadangan seperti berikut:

                    a)  Melebar dan mendalamkan sungai
                       Bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku, proses melebar dan mendalamkan
                       sungai perlu dilakukan. Proses berkenaan boleh dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa
                       Tempatan seperti Majlis Perbandaran Bentong dengan kerjasama Jabatan Pengaliran
                       dan Saliran. Apabila sungai dilebar dan didalamkan, sungai dapat menampung kapasiti air
                       yang banyak dalam satu-satu masa seterusnya mengurangkan kejadian banjir kilat.


                                                                                                    6


                                                                                                            7
                                                                                                         19
                                                                                                         197
   200   201   202   203   204   205   206   207   208