Page 201 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 201
BAB 11 : Kerja Lapangan
OBJEKTIF KAJIAN
Setelah mengadakan perbincangan dengan guru mata pelajaran Geografi, saya memilih
tajuk kajian berkaitan kegiatan ekonomi berdasarkan objektif seperti berikut:
1. Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi yang wujud di SMK Sulaiman dan kawasan
sekitarnya.
2. Mengkaji kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
3. Menjelaskan dengan contoh kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
dan manusia di kawasan kajian.
4. Mencadangkan langkah yang berkaitan bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar dan manusia di kawasan kajian.
KAWASAN KAJIAN
Foto satelit SMK Sulaiman dan kawasan sekitarnya
Berpandukan foto satelit tersebut, saya telah mengenal pasti lokasi kawasan sekitar
kawasan kajian saya. Terdapat taman perumahan iaitu Taman Anggerik dan Taman Kilat.
Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional iaitu Kampung Gementi,
Kampung Ketari dan Kampung Bukit Piatu.
Kawasan kajian dalam foto satelit tersebut menunjukkan terdapat ciri pandang darat
fizikal dan pandang darat budaya. Terdapat bentuk muka bumi kawasan berbukit dan tanah
pamah yang rata. Keadaan tersebut membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dilaksanakan
seperti pembinaan kawasan perumahan, pengangkutan, pertanian dan perniagaan.
Terdapat juga kawasan tumbuhan semula jadi di bahagian barat kawasan kajian. Kawasan
tersebut mungkin berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian dan pembinaan
kawasan perumahan pada masa akan datang.
2
3
19
193

