Page 203 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 203
BAB 11 : Kerja Lapangan
HASIL KAJIAN
1
Jenis Kegiatan Ekonomi di SMK Sulaiman dan Kawasan Sekitarnya
Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang melibatkan sektor primer, sektor sekunder
dan sektor tertier di kawasan kajian. Sektor primer di kawasan kajian adalah kegiatan pertanian.
Sektor sekunder pula melibatkan kegiatan pembinaan. Manakala sektor tertier melibatkan
kegiatan pengangkutan dan perkhidmatan.
Terdapat kawasan pertanian secara ladang dan secara kebun kecil di sekitar kawasan
kajian. Antara tanaman yang diusahakan secara ladang ialah pokok durian. Kegiatan pertanian
secara kebun kecil melibatkan tanaman makanan seperti pisang dan sayur-sayuran.
Kegiatan pembinaan kawasan petempatan iaitu pembinaan taman perumahan giat berlaku
di kawasan kajian. Permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat terhadap kawasan
perumahan menarik minat pemaju perumahan untuk membina lebih banyak kawasan
petempatan di kawasan kajian.
Aktiviti ekonomi melibatkan pengangkutan juga giat dijalankan di kawasan kajian
disebabkan kawasan kajian merupakan laluan utama untuk ke pusat bandar dan ke lokasi
di luar kawasan kajian. Keadaan ini secara tidak langsung merancakkan aktiviti perniagaan
seperti perniagaan runcit dan perniagaan makanan.
2 Kepentingan Kegiatan Ekonomi di Kawasan Kajian
Terdapat pelbagai kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian iaitu mewujudkan
peluang pekerjaan, meningkatkan kemudahan infrastruktur dan memenuhi permintaan
kawasan perumahan dalam kalangan penduduk setempat.
Jadual 11.2 dan Rajah 11.2 menunjukkan analisis data bagi kepentingan kegiatan ekonomi
di kawasan kajian.
Jadual 11.2 Kepentingan Kegiatan Ekonomi di SMK Sulaiman dan Kawasan Sekitarnya
Bil Kepentingan Kegiatan Ekonomi Bilangan
1. Peluang pekerjaan 9
2. Meningkatkan kemudahan infrastruktur 6
Memenuhi permintaan kawasan
3. perumahan 4
(Sumber: Borang soal selidik 10 orang responden)
4
5
19
195

