Page 14 - MODUL AMPUTASI
P. 14
DIAGNOSIS KEJURURAWATAN UNTUK KLIEN YANG
MENJALANI AMPUTASI
1. Gangguan emosi berkaitan dengan keluarga dan
amputasi kaki
2. Gangguan keselesaan / sakit berkaitan dengan luka
pembedahan dan phantom pain
3. Potensi pendarahan berkaitan dengan luka
pembedahan pada stump
4. Gangguan mobiliti berkaitan dengan below knee
amputation.
5. Potensi hypostatic pneumonia berkaitan dengan
immobilisasi.
Gambar 9 Gambar 10 Alat
6. Potensi gangguan pada perfusi tisu berkaitan dengan Gangguan Emosi Bantuan pergerakan
kurang peredaran darah pada stump bawah lutut.
7. Potensi infeksi berkaitan dengan luka pembedahan
pada stump.
8. Potensi perubahan integriti kulit berkaitan kurang
upaya untuk bergerak.
9. Potensi flexion contracture pada stump berkaitan
dengan amputasi.
Gambar 11 Infeksi
10. Kurang pengetahuan berkaitan dengan penjagaan
stump dan rehabilitasi.
11. Pendidikan Kesihatan berkaitan dengan
- phantom limb sensation / pain
- luka pembedahan
Aktiviti 2
Sila terangkan tindakan kejururawatan untuk semua
diagnosis kejururawatan diatas. Gambar 12 Phantom Pain
RUM USAN
Persediaan dari segi fizikal dan mental adalah sangat penting untuk individu yang telah kehilangan
sebahagian anggota badannya. Ini juga melibatkan psikososial dan aktiviti harian individu tersebut,
di mana perubahan yang sangat ketara akan dialaminya.
Pesakit perlulah diberi pendidikan kesihatan sewajarnya untuk menambah keyakinan diri agar
individu tersebut dapat bekerjasama dalam program rehabilitasi. Pengetahuan berkaitan dengan
penjagaan stump, balutan, alat bantu mobiliti, protesis serta limitasi semasa proses penyembuhan
adalah amat penting untuk diberikan kepada individu tersebut.
14
14

