Page 10 - Mesyuarat Agung PIBG SK Pinji Kali ke-19
P. 10
Jika melibatkan kos yang besar seperti perlu menukar set-set tingkap nako tersebut,
pihak sekolah perlu melaporkan kepada Unit Pembangunan, Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) supaya pihak PPD dapat menghantar kontraktor-kontraktor yang berdaftar untuk
melaksanakan kerja-kerja selenggara dan baikpulih untuk tingkap yang longgar, ia perlu
ditukar mengikut set lengkap dengan cermin. Tetapi jika kuantiti kerosakan tersebut
sedikit, pihak PIBG boleh mempertimbangkan untuk kerja selenggara kecil. PIBG akan
mengganti keseluruhan tingkap nako tersebut, mungkin pihak PIBG boleh
membekalkan “Water-Displacement Spray” (WD) untuk anti- karat. Harapan YDP
semoga pentadbiran baharu boleh mengambil tindakan yang sewajarnya untuk usul
tersebut.
Pembawa Usul 2 : En Muhammad Azmir Bin Mohd Yusof.
Maklumbalas usul :
YDP maklumkan sebelum ini terdapat beberapa tandas (lebih daripada 20 tandas) yang
tidak boleh digunakan langsung disebabkan oleh tiada kepala paip, getah, tiada selak
pintu tandas dan “high level cistern” yang tidak berfungsi. Pihak PIBG telah mengambil
tindakan berdasarkan usul yang dibawa oleh En Fauzul Azim pada Mesyuarat Agung
Tahunan ke-17. Setelah itu baru tandas-tandas tersebut dapat digunakan. Untuk
makluman juga tandas Tahap 1, hampir keseluruhan tandas telah diganti “high level
citern” yang baharu. Mungkin pihak PIBG terlepas pandang untuk beberapa tandas.
Insha Allah perkara ini akan diselesaikan kerana tidak melibatkan kos yang besar.
Pembawa Usul 3 : Pn Noranizah Binti Arif
Maklumbalas usul :
YDP menyatakan keperluan papan kenyataan PIBG untuk menyalurkan maklumat
adalah kurang praktikal buat masa sekarang disebabkan ibu bapa tidak dibenarkan
untuk berada di dalam kawasan sekolah. Pihak PIBG semasa di awal pentadbirannya
pada tahun 2019 dahulu, PIBG telah berbincang dan mengambil usaha untuk
menghidupkan kembali laman sosial FACEBOOK SK Pinji seperti yang tertera di muka
hadapan Buku Program ini. Ibu bapa dapat mengikuti secara lebih efisen berkaitan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG di dalam FB
tersebut.
Pentadbiran PIBG yang baharu dapat menyediakan carta organisasi, beserta no. telefon
8

