Page 8 - Mesyuarat Agung PIBG SK Pinji Kali ke-19
P. 8
1.1.11 Pemilihan Barisan Pentadbiran PIBG yang baharu akan dijalankan . YDP berharap
semoga pemilihan berjalan dengan lancar dan secara peribadi menolak apa-apa jawatan
di dalam pemilihan yang akan dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pentadbiran
baharu untuk melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan.
AGENDA 2 : Ucapan Penasihat – Tuan Guru Besar , En. Ahmad Khairi Bin Che Zaberi
2.1.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, barisan Pentadbir,
YDP, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang sudi melapangkan masa bagi mesyuarat
PIBG.
2.1.2 Guru besar bersyukur kerana dapat menjalankan mesyuarat secara maya menggunakan
aplikasi ‘Google Meet’.
2.1.3 Pembelajaran secara bersemuka telah pun bermula sejak 1 Mac 2021 dan semoga PdPr
tidak akan dijalankan semula akibat pandemik Covid-19.
2.1.4 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada YDP kerana telah memberi banyak
sumbangan kepada pihak sekolah. PIBG telah menyumbang sebuah LCD projektor di
bawah unit ICT sekolah. PIBG juga telah menyumbang ‘sanitizer’ untuk kegunaan
murid-murid.
2.1.5 Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sokongan semasa proses
penyuraian murid-murid selepas waktu sekolah.
AGENDA 3 : Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 17
2020
3.1.1 Pn. Noorsoharah Bt. Sulaiman selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 2020 untuk disahkan.
3.1.2 Tiada perkara berbangkit
3.1.3 Pencadang : Pn. Suhaila binti Mohd Ali
Penyokong : Pn. Aliza binti Tarmizi
AGENDA 4 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
4.1.1 Pn. Noorsoharah Bt. Sulaiman selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan
Tahunan untuk disahkan.
4.1.2 Dua aktiviti sahaja yang dapat dijalankan iaitu Sukan Sekolah dan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-17 kerana pandemik covid-19. (Rujuk ms 15 )
4.1.3 Pencadang : Encik Abdul Halim bin Ariffin
Penyokong : Encik Suhaimi bin Mohd Yusop
6

