Page 7 - Mesyuarat Agung PIBG SK Pinji Kali ke-19
P. 7

1.1.5  YDP  rasa  bersyukur  kerana  pada  tahun  lepas,  pihak  PIBG  dan  sekolah  sempat

                      melaksanakan  Mesyuarat  Agung  Tahunan  pada  7hb  Mac  2020  sebelum  PKP
                      dikuatkuasakan pada 18hb Mac.

               1.1.6  Mesyuarat ini boleh dilaksanakan secara bersemuka dengan SOP yang telah ditetapkan
                      tetapi pihak PIBG telah memutuskan untuk melaksanakan secara dalam talian  kerana

                      Negeri Perak masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dengan

                      ini dapat mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.
               1.1.7  YDP mewakili PIBG SK Pinji berharap ibu bapa bersama-sama dapat mengingatkan

                      anak-anak untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ibubapa diminta menilai tahap
                      kesihatan anak-anak,  jika bergejala seperti batuk, demam dan selsema, diminta agar

                      tidak menghantar anak-anak ke sekolah  kerana dikhuatiri berjangkit kepada rakan-

                      rakan sekelas.
               1.1.8  Pihak PIBG telah membiayai kos kerja-kerja penyediaan SOP berdasarkan spesifikasi

                      yang telah ditetapkan. YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Guru Besar,
                      para  Pentadbir  dan  guru-guru  yang  bertungkus  lumus  dalam  menyediakan  SOP

                      penjarakan.  Pihak  PIBG  juga  telah  membekalkan  20  liter  hand  sanitizer  untuk
                      keperluan sekolah pada tahun lepas.

               1.1.9  YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah membuat bayaran yuran

                      pada tahun lepas. Kadar bayaran yuran boleh rujuk di dalam buku program muka surat
                      14. Kadar asal yuran yang disokong semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas

                      telah pun mendapat kelulusan daripada Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
               1.1.10  Ada dikalangan ibubapa yang terjejas pendapatan mereka dan pada masa yang sama

                      kerajaan telah mengarahkan penutupan sementara sekolah. Semua aktiviti dan program

                      yang telah dirancang tidak dibenarkan untuk dilaksanakan. Pihak PIBG bersetuju untuk
                      menyemak semula kadar yuran dan sumbangan. Kadar yuran baru adalah seperti jadual

                      berikut:
                                                       P. Khas   Th.1    Th.2    Th.3    Th.4     Th.5    Th.6
                     Bil           Perkara
                                                        (RM)     (RM)    (RM)    (RM)    (RM)    (RM)     (RM)
                          Sumbangan PIBG
                     1.                                100.00    35.00   35.00   35.00   35.00   35.00    35.00
                          (Sekeluarga)
                     2.   Program Komputer                         -       -       -       -       -        -
                          Program Peningkatan
                     3.                                            -       -       -     10.00   10.00      -
                          Akademik
                          Jumlah Besar                 100.00  35.00  35.00  35.00  45.00  45.00         35.00



                                                                                                         5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12