Page 6 - Mesyuarat Agung PIBG SK Pinji Kali ke-19
P. 6
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PINJI
PERSIARAN BUNGA RAYA , 31650 IPOH PERAK
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 SESI 2021
TARIKH : 10 April 2021
HARI : Sabtu
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Dalam Talian ( Google Meet)
KEHADIRAN : 97 orang
AGENDA 1 : Ucapan YDP PIBG – En. Mohd Azidi Bin Abdul Aziz
1.1.1 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang dapat hadir di dalam talian
bagi Mesyuarat Agung Kali ke-18 bagi sesi 2021.
1.1.2 Ucapan terima kasih kerana telah memberikan maklumbalas dengan memberikan
cadangan-cadangan dan usul pada mesyuarat kali ini. Sumbangan daripada ibu bapa
berupa kewangan, idea dan tenaga amat diperlukan bagi melancarkan aktiviti yang telah
dirancang di sekolah.
1.1.3 Diharap mesyuarat dapat dijalankan dengan ringkas, teratur, lancar dan mendapat
kerjasama semua pihak.
1.1.4 Jumlah minima kehadiran yang diperlukan bagi menjalankan mesyuarat ini adalah
sebanyak 45 orang (3 kali ganda jumlah AJK PIBG). Ini melayakkan untuk
melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18. (Jumlah terkini 97 orang yang
berdaftar di e-Kehadiran).
4

