Page 11 - Mesyuarat Agung PIBG SK Pinji Kali ke-19
P. 11

dan gambar di dalam laman FB SK Pinji tersebut. Menjawab kepada usul 3.3, YDP

                       menjelaskan bahawa pihak PIBG SK Pinji sentiasa prihatin dengan perkara tersebut.
                       Disebabkan  itu,  di  dalam  Mesyuarat  AJK  ke  3  pada  bulan  Ogos  2020,  PIBG  telah

                       mengurangkan  “on  average  basis”  sebanyak  50.37%  yuran  tetapi  untuk  yuran

                       sumbangan PIBG masih dikekalkan sebanyak RM35. Untuk makluman , pada tahun
                       2019, PIBG telah membuat kutipan sebanyak RM12,570 berbanding tahun 2020 hanya

                       RM5,310 sahaja yang berjaya dikutip. Penurunan jumlah kutipan sebanyak -RM7,260
                       bersamaan  -57.76%      dan  peratusan  ibubapa  yang  membayar  yuran  juga  menurun

                       daripada 81% pada 2019 kepada hanya 59.3% sahaja pada tahun lepas. Pihak PIBG

                       memberi kelonggaran untuk membuat pembayaran yuran secara ansuran supaya tidak
                       membebankan ibu bapa.


                       Pembawa Usul 4 : En Muhammad Firdaus Abd Shani

                       Maklumbalas usul :

                       YDP  maklumkan bahawa pihak sekolah telah memberi kebenaran kepada ibu bapa

                       untuk menghantar dan mengambil anak-anak di  dalam kawasan sekolah jika cuaca
                       hujan. Untuk menyediakan laluan jalan berbumbung atau istilahnya gajah menyusur,

                       memerlukan kos yang sangat tinggi. (Anggaran kasar sahaja) Jika jarak dari gate ke
                       blok  bangunan  dalam  130  kaki  panjang,  kos  untuk  memasang  metaldeck  SWG28

                       lengkap dengan “cement render path” dianggarkan lebih kurang RM25k-RM30k dan

                       ini memerlukan kos yang sangat tinggi dan perlu dirujuk oleh pihak sekolah ke Unit
                       Pembangunan PPD untuk dipertimbangkan.


               AGENDA  7  : Pembubaran AJK PIBG 2019/ 2020


               7.1.1   Yang  Dipertua  PIBG  memohon  kemaafan  jika  ada  kekurangan  dan  kelemahan

                       sepanjang  pentadbiran  PIBG  di  bawahnya.  Terima  kasih  di  atas  tunjuk  ajar  dan
                       bimbingan Tuan Penasihat, kerjasama daripada guru-guru Penolong Kanan, Setiausaha,

                       Bendahari  Guru-guru dan AJK PIBG amat dihargai. Secara rasminya Jawatankuasa
                       PIBG Sesi 2019/2020 dibubarkan berkuatkuasa jam 10:33 pagi pada 10/04/2021.


               AGENDA  8  : Pemilihan Jawatankuasa PIBG Bagi Sesi 2021/2022


               8.1.1  Pn. Noorsoharah Bt. Sulaiman telah dilantik sebagai pengerusi sementara.

                       Cadangan : En. Abdul Halim Bin Arifin
                        Sokongan  : Pn. Fatimah Bt Jamaluddin



                                                                                                         9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16