Page 56 - buku teks f4 kssm
P. 56

PROTEIN LIANG membentuk liang atau terusan untuk
            membolehkan molekul kecil terlarut terutamanya ion
            meresap merentasi membran plasma. Liang mengandungi
            ciri dalaman spesifik yang hanya membenarkan ion
            spesifik melaluinya.


            PROTEIN PEMBAWA adalah spesifik dan hanya
            boleh bergabung dengan molekul spesifik sahaja.       protein liang     protein pembawa
                                                                   protein liang
                                                                                     protein pembawa
            Misalnya, molekul glukosa hanya boleh bergabung
            dengan tapak aktif yang spesifik pada protein pembawa  RAJAH 3.6  Resapan berbantu melalui protein liang
                                                            dan protein pembawa
                                   Proses pergerakan molekul glukosa merentasi membran plasma
                                   berlaku secara resapan berbantu (Rajah 3.7).

                            Bendalir luar sel
                                        glukosa
           Molekul glukosa                                                       Glukosa
           bergerak ke                                                           bergabung
           arah protein                                                          dengan tapak
           pembawa                          tapak                                aktif pada
           yang spesifik                    aktif                                protein
           untuk molekul                                                         pembawa.
           glukosa.
                                     protein pembawa
                             Sitoplasma



             Protein
             pembawa                                                            Protein pembawa
             kembali ke                                                         berubah bentuk
             bentuk asal dan                                                    untuk memboleh-
             bersedia untuk                                                     kan molekul
             mengangkut                                                         glukosa
             molekul yang lain.                                                 melalui membran
                                                                                plasma dan masuk
                                                                                ke dalam sel.


                                    RAJAH 3.7  Proses resapan berbantu
           Pengangkutan aktif

           Pergerakan bahan merentasi membran plasma juga boleh berlaku melalui pengangkutan aktif.
           Pengangkutan aktif mempunyai ciri-ciri berikut:
           •  Pergerakan bahan molekul atau ion merentasi membran plasma menentang
             kecerunan kepekatan.
           •  Memerlukan tenaga daripada molekul ATP (adenosina trifosfat) yang dijana semasa respirasi
             dalam mitokondrion.
           •  Memerlukan protein pembawa spesifik yang mempunyai tapak aktif yang spesifik untuk
             bergabung dengan molekul tertentu atau ion.
           •  Protein pembawa juga mempunyai reseptor untuk bergabung dengan molekul ATP. Protein
             pembawa berubah bentuk apabila kumpulan fosfat bergabung kepadanya. Kemudian molekul
             atau ion bergerak melalui membran (Rajah 3.8).

            54                                                                               3.2.3
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61