Page 53 - buku teks f4 kssm
P. 53

BAB 3  Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma



              Keputusan

                                 Kandungan          Warna asal    Warna akhir   Ujian Benedict
               Tiub Visking  10 ml larutan glukosa +
                            10 ml larutan kanji
               Bikar        400 ml air suling +
                            10 ml larutan iodin


              Perbincangan
                1  Berdasarkan kepada keputusan, buat satu inferens berkaitan dengan saiz molekul iodin
                  berbanding dengan saiz molekul kanji.
                2  Apakah inferens yang boleh dibuat berkaitan dengan saiz molekul kanji apabila
                  dibandingkan dengan saiz liang pada tiub Visking?
                3  Apakah inferens yang boleh dibuat daripada keputusan ujian Benedict?
                4  Berdasarkan kepada eksperimen, apakah analogi yang boleh dibuat antara tiub Visking dan
                  sistem pencernaan?

              Kesimpulan
              Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai. Adakah hipotesis disokong?





                                  Aktiviti 2.1
              Aktiviti 3.2      Mengkaji pergerakan bahan merentasi tiub Visking
                                dengan menggunakan osmometer ringkas                     Eksperimen

               Pernyataan masalah
               Apakah bahan yang boleh bergerak merentasi membran separa telap?

               Hipotesis
               Molekul air dapat bergerak merentasi membran separa telap.

               Pemboleh ubah
               Dimanipulasikan: Masa (minit)
               Bergerak balas: Kenaikan aras larutan sukrosa di dalam tiub kapilari
               Dimalarkan: Suhu persekitaran dan kepekatan larutan sukrosa

               Bahan
               Larutan sukrosa 30%, tiub Visking 12 cm panjang, benang dan air suling.

               Radas
               Kaki retort lengkap dengan pengapit, tiub kapilari 25 cm panjang, picagari, pembaris,
               bikar 50 ml, pen penanda, gunting dan jam randik

               Prosedur
                 1  Potong tiub Visking sepanjang 8 cm.



             3.2.2                                                                              51
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58