Page 52 - buku teks f4 kssm
P. 52

Jalankan eksperimen berikut untuk menunjukkan bahawa pergerakan merentasi membran
           separa telap adalah berdasarkan kepada saiz molekul.


            Aktiviti 3.1        Aktiviti 2.1  Pergerakan bahan merentasi membran
                                   separa telap                                        Eksperimen

             Pernyataan masalah
             Adakah saiz molekul zat terlarut mempengaruhi pergerakan bahan merentasi membran
             separa tetap?

             Hipotesis
             Hanya saiz molekul kecil sahaja dapat meresap merentasi membran separa telap.


             Pemboleh ubah
             Dimanipulasikan: Saiz molekul zat terlarut di dalam tiub Visking
             Bergerak balas: Warna larutan di dalam tiub Visking dan bikar
             Dimalarkan: Suhu persekitaran, masa dan isipadu larutan

             Bahan
             Larutan Benedict, ampaian kanji 1%, larutan iodin, larutan glukosa 30%, air suling, tiub Visking
             dan benang

             Radas
             Bikar, tabung uji, penunu Bunsen, penitis, silinder penyukat


             Prosedur
               1  Rendam tiub Visking dalam air selama 5 minit untuk melembutkannya. Simpulkan dan ikat
                 salah satu hujung tiub Visking dengan benang
                 supaya tidak bocor.                        400 ml air
               2  Isi tiub Visking dengan 10 ml larutan glukosa   suling + 10 ml     tiub Visking
                 dan 10 ml larutan kanji. Ikat hujung tiub Visking   larutan iodin   10 ml larutan
                 menggunakan benang dengan ketat. Warna                              glukosa + 10 ml
                 larutan direkod.                                                    larutan kanji
               3  Bilas bahagian luar tiub Visking dengan air
                 suling.
               4  Campurkan 400 ml air suling dengan 10 ml larutan iodin dalam bikar. Rekod warna larutan.
               5  Masukkan tiub Visking ke dalam bikar dan biarkan selama 40 minit.
               6  Selepas 40 minit, keluarkan tiub Visking dan pindahkan ke bikar yang kering.
               7  Perhati dan rekod warna larutan akhir di dalam tiub Visking dan warna larutan di dalam
                 bikar.
               8  Jalankan ujian Benedict ke atas larutan di dalam tiub Visking dan larutan di dalam bikar.
                 Masukkan 2 ml setiap larutan ke dalam tabung uji yang berasingan dan campurkan 1 ml
                 larutan Benedict. Panaskan larutan di dalam kukus air selama kira-kira 5 minit dan rekod
                 perubahan warna.







            50                                                                                3.2.2
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57