Page 54 - buku teks f4 kssm
P. 54
2 Rendam tiub Visking dalam air selama 5 minit untuk melembutkannya.
3 Buka tiub Visking dan ikat salah satu hujung tiub ketat dengan benang untuk membentuk
satu beg.
4 Isi tiub Visking dengan larutan sukrosa 30% menggunakan picagari.
5 Hujung tiub Visking yang satu lagi diikat kepada tiub kapilari dengan ketat.
6 Bilas permukaan luar tiub dengan air suling.
7 Apitkan tiub kapilari kepada kaki retort
secara menegak.
8 Rendam tiub Visking dalam satu bikar berisi tiub kapilari
air suling.
9 Tandakan aras awal larutan sukrosa di aras awal
larutan sukrosa
dalam tiub kapilari dengan pen penanda
pada permulaan eksperimen. air suling
10 Tanda aras larutan sukrosa setiap 10 minit tiub Visking
selama 40 minit. Ukur dan rekod kenaikan larutan sukrosa
aras larutan sukrosa di dalam tiub kapilari 30%
setiap 10 minit.
11 Plotkan graf jarak kenaikan aras larutan sukrosa (mm) lawan masa (minit).
Keputusan
Masa 0 10 20 30 40
Jarak kenaikan aras larutan
sukrosa (mm)
Perbincangan
1 Huraikan graf yang anda plotkan.
2 Apakah yang menyebabkan perubahan dalam aras larutan sukrosa?
3 Apakah inferens yang boleh anda buat berkaitan dengan saiz molekul sukrosa dan air dan
saiz pada liang tiub Visking?
4 Ramalkan keputusan sekiranya eksperimen diulang dengan tiub Visking yang diisi air suling
dan bikar yang diisi larutan 30% sukrosa.
Kesimpulan
Beri kesimpulan untuk eksperimen ini. Adakah hipotesis anda dapat diterima?
Pergerakan bahan merentasi membran plasma berlaku melalui
Dunia Biologi Kita
pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif.
Tahukah anda
membran telur Pengangkutan pasif
boleh digunakan
sebagai pengganti Proses pengangkutan pasif boleh dianalogikan seperti mengayuh
tiub Visking? basikal menuruni cerun. Proses ini tidak melibatkan penggunaan
Bolehkah anda cuba tenaga. Resapan ringkas, osmosis dan resapan berbantu adalah
membuat sebuah
osmometer telur? contoh pengangkutan pasif.
52 3.2.3

