Page 81 - buku teks f4 kssm
P. 81

BAB 4  Komposisi Kimia dalam Sel
             4.5                    Asid Nukleik








             Asid nukleik merupakan satu atau dua rantaian polimer
             yang terdiri daripada monomer nukleotida. Asid nukleik
             terbentuk daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen
             dan fosforus. Setiap nukleotida terdiri daripada gula pentosa
             (gula 5 karbon), bes bernitrogen dan kumpulan fosfat yang
             digabung bersama melalui proses kondensasi (Rajah 4.8).
             Terdapat dua jenis gula pentosa iaitu ribosa dan deoksiribosa
             manakala bes bernitrogen pula terdiri daripada kumpulan
             purina dan pirimidina. Kumpulan purina terdiri daripada:
             adenina (A) dan guanina (G). Kumpulan pirimidina pula
             terdiri daripada: sitosina (C), timina (T) dan urasil (U).


             Terdapat dua jenis asid nukleik iaitu:
             •  asid deoksiribonukleik (DNA)
             •  asid ribonukleik (RNA)                            struktur
             Asid ribonukleik (RNA) mengandungi gula ribosa       heliks
                                                                  ganda dua
             manakala asid deoksiribonukleik (DNA)                DNA
             mengandungi gula deoksiribosa.

                                                          RAJAH 4.4 Struktur
             Asid deoksiribonukleik (DNA)                heliks ganda dua DNA              rantaian
                                                                                           gula-fosfat
             DNA terdiri daripada dua rantaian                                T
             polinukleotida yang berpintal dalam arah                              A
             yang bertentangan dan membentuk
             heliks ganda dua (Rajah 4.4). Kumpulan bes
             bernitrogen pada kedua-dua rantai polinukleotida                 C    G
             berpadanan dan diikat bersama oleh ikatan hidrogen.
             Bes bernitrogen bagi DNA ialah (A), guanina (G),
             timina (T) dan sitosina (C). Adenina akan
             berpasang dengan timina sementara           ikatan hidrogen         A     T
             guanina akan berpasang                       di antara bes
             dengan sitosina.                              bernitrogen
                                                        bes bernitrogen          T     A

                                                       gula deoksiribosa
                                                        kumpulan fosfat
                                                                                  C     G
                                                           ikatan fosfat
                              TMK 4.5
                            Aktiviti: Membina
                              model DNA


             4.4.5  4.5.1  4.5.2                                                                79
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86