Page 13 - BUKU PENGURUSAN SK KILIMU 2021
P. 13
3.0 PANDUAN AM STAF
1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan, Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) adalah tertakluk
kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu anda dikehendaki
membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan AKP sekolah dinasihatkan membaca dan boleh mentafsirkan dengan cepat akan
kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion perguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinip
Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan
Matlamat Pendidikan Negara.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid 12indak berada di sekolah dan
menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas.
2. KEHADIRAN BERTUGAS
2.1 Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi mengikut ketetapan dan memastikan pematuhan MMI.
2.2 Guru dikehendaki berada di 12indaka sekolah selewat-lewatnya puku 7.10 pagi dan
mencatatkan masa kehadiran pada Buku Kehadiran Bertugas semasa sampai di sekolah dan
sewaktu balik sekolah.
*Guru Besar atau Penolong-Penolong Kanan akan menggaris buku rekod kehadiran pada jam
7.20 pagi bagi guru-guru dan 8.05 pagi bagi AKP.
2.3 Masa Persekolahan rasmi adalah : 7.20 – 1.40 petang kecuali hari Jumaat (7.20-11.40pagi).
2.4 Guru dan AKP yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi
makluman awal dan sebab- sebab yang wajar. Bagi kes kecemasan guru dan AKP perlu
memberitahu Guru Besar pihak sekolah secepat mungkin.
2.5 Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan dengan memaklumkan kepada pihak sekolah atau mengambil cuti (CRK atau CR)
2.6 Kehadiran dalam semua aktiviti rasmi anjuran sekolah adalah wajib (walaupun di luar waktu
persekolahan)
2.7 Guru-guru boleh dipanggil bertugas pada waktu cuti sekolah oleh Guru Besar tidak melebihi
1/3 daripada bilangan hari cuti persekolahan sebenar.

