Page 14 - BUKU PENGURUSAN SK KILIMU 2021
P. 14

3.    KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU PERSEKOLAHAN

               3.1   Guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan  13indaka sekolah dalam masa persekolahan
                     kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari JPN/PPG/PPD atau
                     sekolah  dengan  memaklumkan  serta  mendapatkan  kebenaran  daripada  Guru  Besar  atau
                     Penolong Kanan.

               3.2   Guru dan AKP yang ingin keluar dari 13indaka semasa waktu persekolahan dikehendaki mengisi
                     Buku Rekod Keluar.
               3.3   Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan tugasan/13indaka untuk murid
                     melalui Penolong Kanan/Ketua Panitia dan memaklumkannya kepada Guru Besar.



               4.    CUTI

               4.1   Cuti Rehat/ Cuti Penggal – Guru berkelayakan mendapat cuti penggal tetapi boleh dipanggil
                     bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
                     menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar. Guru diberi kelayakan cuti rehat khas
                     (CRK) tertakluk kepada perintah Am.

                     *Guru Besar berhak membatalkan/ tidak meluluskan cuti seseorang guru atau AKS sekiranya
                     ada keperluan.

               4.2   Cuti Sakit:
                     4.2.1    Sijil sakit  yang  dikeluarkan  oleh  13indak  swasta  yang  melebihi  2  hari  berturut-turut
                     hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

                     4.2.2   Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh 13indak swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam
                     setahun.

                     4.2.3   Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
                     dilaporkan ke JPN dan Kementerian Pelajaran untuk meneruskan pembayaran gaji.

               4.3   Cuti Tanpa Gaji:

                     4.3.1      Mengikut  Perintah  Am  Bab  C,  cuti  tanpa  gaji  boleh  dipohon  di  atas  sebab-sebab
                     persendirian yang mustahak

                     4.3.2   Cuti tanpa gaji boleh diberi selepas habis semua cuti rehat.
                     4.3.3   Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bekerja bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
                     tetapi tidak melebihi 180 hari.

                     4.3.4   Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
                     tahun.

                     4.3.5   Kelulusan cuti tanpa gaji yang melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah
                     Pendidikan  Negeri.  Cuti  yang  melebihi  15  hari  diluluskan  oleh  KPM.  Borang  permohonan
                     hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu sebelum bercuti.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19