Page 35 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 35

“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “

                               hari  bagi  tiap-tiap  genap  tahun  perkhidmatan  dan  tidak
                               melebihi 180 hari.

                          4.4  Kelulusan  cuti  tanpa  gaji  yang  tidak  melebihi  14  hari  setahun
                               diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.  Cuti melebihi 15 hari
                               diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

                          4.5  Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya
                               atas  sebab-sebab  kecemasan  dan  upacara  agama  bagi
                               tempoh tujuh hari dalam setahun.


                   5.     SENARAI TUGAS GURU-GURU

                          5.1  Semua  guru  yang  mengajar  akan  diberikan  dan  disediakan
                               Senarai  Tugas  sebagai  panduan  untuk  mempertingkatkan
                               prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid.  Seterusnya
                               menyediakan  khidmat  Bantu  secukupnya  supaya  matlamat
                               Dasar Pendidikan Negara tercapai.


                   6.     PAKAIAN GURU

                          6.1  Semua  guru  hendaklah  berpakaian  kemas  (bertali  leher  bagi
                               guru lelaki),Baju Batik pada hari Khamis sesuai dengan profesion
                               keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling
                               Ikhtisas Bil. 6/1995.

                          6.2  Pakaian  berbentuk  seluar  dan  baju  tanpa  lengan  tidak
                               dibenarkan bagi guru perempuan.

                          6.3  Guru  lelaki  dikehendaki  mempunyai  potongan  dan  panjang
                               rambut yang sesuai.

                          6.4  Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai
                               pakaian yang sesuai.


                   7.     PERHUBUNGAN SESAMA GURU

                          7.1  Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional
                               yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal
                               tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan.

                          7.2  Guru  TIDAK  dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa
                               pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru,
                               pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.



                                                               33
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40