Page 38 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 38

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/23                                         UNIT KURIKULUM



           MATLAMAT KURIKULUM
           Meningkatkan pencapaian akademik murid-murid ke tahap yang lebih cemerlang melalui program-program yang
           dirancang dalam usaha ke arah melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berketrampilan dan mampu
           berdaya saing di peringkat antarabangsa berlandaskan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

           OBJEKTIF
             Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul sebelum
               melangkah ke Tahap 2.
             Meningkatkan kemahiran dwibahasa pada semua murid.
             Memastikan murid-murid didedahkan dengan kemahiran asas ICT.
             Membudayakan tabiat suka membaca dalam kalangan murid-murid walau di mana mereka berada.
             Menjadikan unjuran GPS di bawah 2.0.
             Mensasarkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 mencapai sekurang-kurangnya TP 4 dalam PBD.
             Memperkasakan warga pendidik tahap satu dalam usaha merealisasikan SIFAR LINUS TEGAR menjelang
               2023
             Mengaplikasikan i-Think dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pengajaran.


           DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM
           1.  Mesyuarat
           2.  Anggaran Perbelanjaan Mengurus/PCG MataPelajaran
           3.  Pencerapan Pengajaran dan pembelajaran/Pemudahcara
           4.  Sumber Pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
           5.  Melaksanakan Pengintegrasian Teknologi Pendidikan Terbaru melalui Aplikasi Portal DELIMa KPM dan
             Google Classroom
           6.  Tugasan dan Latihan
           7.  Penyemakan Buku Latihan Murid
           8.  Pentaksiran
           9.  Rancangan PelajaranTahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
           10. Buku Rekod Mengajar (BRM)
           11. Program Peningkatan Prestasi Panitia Matapelajaran
           12. Jadual Waktu Induk/Jadual Persendirian/Jadual Waktu Kelas/Jadual Waktu Guru Ganti/Jadual Waktu Bilik-
             Bilik Khas
           13. Pengurusan Fail Kurikulum/Panitia
           14. Pusat Sumber Sekolah
           15. Pemulihan dan Pengayaan
           16. Pengurusan Bilik-Bilik Khas
           17. Pengurusan Bilik Darjah seiring dengan pelaksanaan Kelas Abad 21




















           SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA                                   SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
                                                            39
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43