Page 41 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 41

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/23                                         UNIT KURIKULUM

           3  PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


           3.1      Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran dilaksanakan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).

           3.2      Pencerapan  dilaksanakan  oleh  Guru  Besar,  Guru  Penolong  Kanan,  Guru  Kanan  Mata  Pelajaran,  Guru
                    Cemerlang dan Ketua Panitia.


           3.3      Peratus pencerapan oleh guru besar/pengetua adalah 40% dan 60% barisan guru penolong kanan.

           3.4      Instrumen pencerapan Pembelajaran dan Pembelajaran menggunakan Standard 4 SKPMg2 dan penilaian
                    skor pencerapan menggunakan borang pencerapan (Standard 4).


           3.5      Tarikh, masa dan kelas guru yang dicerap berdasarkan Jadual pencerapan yang disediakan pada tahun
                    semasa.  Perubahan  tarikh,  masa  dan  kelas  bergantung  kepada  keperluan  dan  kehendak  atas  perkara-
                    perkara yang tidak dapat dielakkan.

           3.6      Maklumat pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran guru dimaklumkan dari segi skor markah, kekuatan
                    dan kelemahan secara lisan/bertulis dan individu/berkelompok.

           3.7      Borang pencerapan sebaik-baiknya dibuat 3 salinan:
                    -    Folder pencerapan
                    -    Folder panitia
                    -    Guru yang dicerap


           3.8      Jawatankuasa Pencerapan/Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) perlu menyediakan jadual pencerapan,
                    menganalisis  data  pencerapan  bagi  menentukan  skor  keseluruhan,  taraf  pencerapan,  kekuatan  dan
                    perkara-perkara yang perlu diambil tindakan.  Sebanyak 2 kali sepanjang tahun.


           3.9      Data dan maklumat pencerapan perlu dipantau, lapor dan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum dan
                    panitia sekolah.


           3.10     Pencerapan:

                   -     Semua guru akan dicerap maksima dua kali (2) dalam setahun dan 1 kali bimbingan Ketua Panitia

                   -     Pencerapan kali kedua adalah bagi matapelajaran yang berlainan


                   -     Guru yang markah pencerapan tidak mencapai 80% +++, akan diberi bimbingan dan dicerap kali yang
                         seterusnya oleh pentadbir yang sama atau berlainan (ikut keperluan).


                   -     Setiap matapelajaran juga mesti dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa.





















           SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA                                   SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
                                                            42
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46