Page 40 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 40

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/23                                         UNIT KURIKULUM

           2  PERUNTUKAN KEWANGAN MATAPELAJARAN (PCG)
           2.1  Semua  Ketua  Panitia  Matapelajaran  dikehendaki  menyediakan  Anggaran  Perbelanjaan/  Perancangan
                Kewangan berdasarkan peruntukan yang diberi.


           2.2  Anggaran Perbelanjaan dibuat mengikut format yang standard.

           2.3  Penyediaan Anggaran Perbelanjaan perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia yang pertama.


           2.4  Ketua  Panitia  perlu  memastikan  Anggaran  Perbelanjaan  yang  disediakan  merangkumi  sumber  pendidikan,
                program/aktiviti peningkatan pembelajaran, program pendidikan (lawatan/keceriaan).

           2.5  Panitia perlu memastikan peruntukan bagi sumber pendidikan digunakan secara optimum


                (60 % hingga 80 %). Melibatkan semua tahun.

           2.6  Peruntukan untuk program pembelajaran melibatkan semua tahun.


           2.7  Perpindahan peruntukan kepada tahun lain dibenarkan jika sumber pendidikan bagi tahun lain telah mencukupi
                atau  untuk  memenuhi  keperluan  bagi  membeli  sumber  dalam  kuantiti  besar  tapi  peruntukan  yang  diterima
                terhad.

           2.8  Anggaran perbelanjaan panitia perlu diserah kepada Guru Penolong Kanan / Setiausaha Kurikulum seminggu
                selepas mesyuarat.


           2.9  Guru Penolong Kanan / Setiausaha Kurikulum perlu menyemak anggaran tersebut untuk mengesahkan ia telah
                dibuat dengan betul.

           2.10  Anggaran  Perbelanjaan  perlu  disimpan  dalam  Fail  Panitia,  Fail  kurikulum  dan  Fail  Ketua  Pembantu  Tadbir
                Kewangan (KPT) @ PT

           2.11  KPT perlu memastikan pembelian barang yang dibeli oleh panitia sama seperti barang/sumber/program yang
                dirancang dalam anggaran perbelanjaan panitia.


           2.12  Sumber/program yang tidak tersenarai dalam anggaran perbelanjaan tidak boleh diluluskan pembelian kecuali
                mendapat keizinan/kelulusan daripada Guru Besar.

           2.13  Peruntukan  untuk  sumber  pendidikan  mesti  dibelanjakan  sebelum  sesi  cuti  pertengahan  tahun  bermula.
                Keseluruhan Peruntukan mestilah dibelanjakan sehingga 90.00 % sebelum bulan bagi tahun semasa. Semua
                panitia menyumbang 5.0% untuk pembelian sumber hapus kira.


           2.14  Pembelian sumber/program mesti mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan.






















           SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA                                   SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
                                                            41
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45