Page 31 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 31

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1981



                   Penggunaan Waktu Tidak Belajar/ Waktu Luang ( Free Period)

                   Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar / waktu luang ( free
                   period ) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada
                   sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah
                   salah dan perlu dibetulkan .

                          1.  Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free period)
                              itu adalah masa bekerja.

                          2.  Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk :
                                 i)      Menggantikan guru yang tidak mengajar disebuah darjah/tingkatan
                                 ii)     Membuat persediaan – persediaan untuk mengajar seperti membaca
                                         buku tambahan , membuat nota mengajar, menyediakan alatan mengajar
                                         dan sebagainya.
                                 iii)    Memeriksa buku latihan murid
                                 iv)     Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang
                                         diajar
                                 v)      Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.
                                 vi)     Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau di arah oleh Guru Besar.







































            28 | P a g e
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36