Page 27 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 27

21.  TUGAS

            •  Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan pentadbiran. Tugas tersebut mesti
               dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
            •  Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran
               atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang  ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru
               lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar.
            •  Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar,  hendaklah mengemukakan minit curai
               kepada Guru Besar dengan menggunakan borang khas yang ada di pejabat sekolah.
            •  Guru yang menghadiri kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah menjalankan  Kursus Dalaman  kepada guru lain
               dan dimaklumkan kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan tentang tarikh dan masa pelaksanaannya.
            •  Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk murid, mengisi borang maklumat
               tugasan dan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan.

            22.  JADUAL WAKTU

            •  Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk  dipamerkan dalam kelas  masing-masing.
            •  Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran pihak pengurusan.

            23.  JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

            •  Setiap  Guru  Kelas  hendaklah mengemaskini kehadiran murid dalam APDM pada setiap hari sebelum pukul 9
               pagi.
            •  Jika Guru Kelas tidak hadir, ianya diurus oleh Pembantu Operasi.
            •  Murid yang tidak hadir hendaklah dihubungi dan catatkan panggilan di buku log pejabat
            •  Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang-seli selama 10 hari dalam satu bulan, ibu bapa /
               penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis.
            •  Analisis mesti dicetak pada setiap akhir bulan dan difailkan oleh Guru Penolong Kanan HEM.

            24. KESELAMATAN  DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
            •  Semua  guru  dikehendaki  memberikan  kerjasama  sepenuhnya  dalam  menjaga  keselamatan  harta  benda
               sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja  hendaklah
               dilaporkan kepada pihak sekolah.
            •  Ketua  Panitia  hendaklah  memastikan  terdapat  peraturan-peraturan  mengenai    penggunaan  alat  di  bilik-bilik
               tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
            •  Peralatan sekolah  adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang. Sesuatu  alat yang
               dipinjam hendaklah mendapat kebenaran guru yang dipertanggungjawabkan dengan mengisi borang pinjaman.
               Alat yang digunakan hendaklah dikembalikan semula dengan menandatangani buku pinjaman.

            25. KEBERSIHAN
            •  Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan
               oleh Guru Kelas masing-masing. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan
               rapi dan selamat.
            •  Guru yang mempunyai bilik khas seperti bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain bertanggungjawab untuk
               menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.
            •  Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab warga sekolah.

            24 | P a g e
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32