Page 28 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 28
26. SURAT RASMI
• Semua surat rasmi kepada pihak luar yang berkaitan dengan perjawatan atau sebagainya hendaklah dihantar
melalui Guru Besar.
27. SURAT YANG DITERIMA
• Surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedarkan kepada guru berkenaan untuk diambil tindakan.
• Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar,
surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
• Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan,
maka guru itu hendaklah :
o Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal hendaklah
difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat.
o Jika surat tersebut mengkehendaki guru untuk mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan
maka hendaklah ditaip dan menyediakan surat litup/iringan.
o Satu salinan hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan apabila
diperlukan.
28. PERGI KE JABATAN PELAJARAN / PEJABAT PELAJARAN DAERAH
• Guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi.
29. PELAWAT
• Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan terlebih dahulu.
• Penjual/pengedar tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru tanpa kebenaran Guru Besar. Promosi atau
mengiklan sesuatu barangan di sekolah untuk murid adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran Guru Besar.
30. PEMBELIAN BARANG
• Guru/staf yang hendak membuat pembelian barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan
mengemukakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah untuk ditandatangani oleh
Ketua Panitia berkaitan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. Guru/staf tidak boleh membuat pesanan sendiri
dengan sesuatu syarikat tanpa melalui Ketua Panitia. Sebut harga wajib didapatkan terlebih dahulu sebelum
membeli sesuatu barang yang berharga melebihi daripada RM 500.00 untuk 1 unit.
• Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order).
• Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang tersebut. Sila rekodkan nombor daftar
stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta-merta
dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
31. BUKU STOK / INVENTORI
• Ketua Panitia bertanggungjawab mengurus buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau
inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini. Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta-merta.
• Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat
setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Guru Besar/GPK.
25 | P a g e

