Page 29 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 29

32. TANDA NAMA
           •   Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi sama ada di sekolah atau
               di luar sekolah.

            33. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
            •   Semua guru menjadi ahli kelab guru.
            •   AJK PIBG sekolah akan digantikan setiap dua tahun.
            •   Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru.

            34. PENGGUNAAN PERALATAN
            •   Hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
            •   Mesti  mendapat  kebenaran  daripada  Pembantu Operasi dan direkodkan.
            •   Hendaklah dipulangkan  kembali dengan segera serta berkeadaan  baik.
            •   Kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta.

            35. ARAHAN DAN PEKELILING
            •  Setiap  arahan  dan  pekeliling  yang  dikeluarkan  oleh Guru Besar hendaklah dipatuhi serta ditandatangani
               selepas membacanya.
            •  Guru hendaklah  menyimpan arahan dan pekeliling yang diterima di dalam fail khas.
            •  Guru boleh merujuk pekeliling semasa di dalam fail khas yang ditempatkan di Pejabat.

            36. TELEFON
            •  Penggunaan  telefon  sekolah  hanyalah  untuk  urusan  rasmi  sahaja.  Guru  atau  staf  sekolah    hendaklah
               menggunakan telefon bimbit sendiri dan awam untuk urusan peribadi.
            •  Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah kecuali kecemasan.


            37. KUNCI
            •  Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah.Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku  Rekod
               Peminjaman dan Pemulangan.
            •  Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada   Guru Besar
               dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.















            26 | P a g e
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34