Page 26 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 26
15. BUKU LATIHAN/ NOTA MURID/ BUKU KERJA/ BUKU REKOD KOKURIKULUM
• Buku berkenaan hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti
• Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada murid.
• Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa.
• Guru Besar/ Guru-guru Penolong Kanan / Ketua Panitia akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual.
16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN
• Semua guru SJKT Ladang Edinburgh adalah guru disiplin dan guru bimbingan.Guru-guru hendaklah sentiasa memberikan
bimbingan kepada pelajar dan mengamalkan budaya ”Sekolah Penyayang”. Buku Peraturan Sekolah dan Card Merit
menjadi panduan untuk mengurus murid-murid.
17. KESELAMATAN MURID
• Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan sekolah.
• Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkan kepada Guru Besar atau Guru-guru
Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada pelajar berkenaan mesti dimaklumkan segera.
• Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
• Latihan kebakaran wajib diadakan dua kali setahun.
18. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN
• Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan
dan sentiasa mengawal tutur kata, dengan harapan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaaan.
• Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /fahaman / pendapat / kepercayaan
sesama rakan atau pun murid sekolah ini.
• Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi, kelulusan dan
sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud disekolah.
19. BILIK GURU
• Kebersihan, keceriaan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jadikan Bilik Guru sebagai
contoh kepada murid.
• Guru hendaklah berada di Bilik Guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap non-teaching period
dan bukannya free period. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di Bilik Guru untuk perkara-perkara
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti
berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di Bilik Guru.
• Murid tidak digalakkan berada di pejabat guru.
• Pelawat tidak dibenarkan menggunakan Bilik Guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.
• Sebarang pertemuan (tetamu luar) hendaklah diadakan di luar pejabat guru / kantin.
20. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
• Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir
atau Guru Besar.
• Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia atau Guru Penolong
Kanan.
23 | P a g e

