Page 19 - DSKP PJPK TAHUN 2
P. 19

KSSR KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2


               MATLAMAT                                                                OBJEKTIF


               KSSR  Komponen  Pendidikan  Jasmani  bermatlamat  membina               KSSR     Komponen      Pendidikan   Jasmani    bertujuan   untuk
               murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran         membolehkan murid mencapai objektif berikut:
               dan berpengetahuan melakukan aktiviti fizikal ke  arah mencapai

               kesejahteraan hidup.                                                    1.  Mengetahui  kepentingan  melakukan  aktiviti  fizikal  secara
                                                                                           berkala.

                                                                                       2.  Melaksanakan  aktiviti  fizikal  dalam  suasana  yang  seronok
                                                                                           dan selamat.
                                                                                       3.  Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan.

                                                                                       4.  Melakukan  kemahiran  asas  dengan  lakuan  yang  betul
                                                                                           mengikut konsep pergerakan.

                                                                                       5.  Mengenal  pasti  kedudukan  anggota  badan  yang  betul
                                                                                           semasa melakukan pergerakan.
                                                                                       6.  Mempamerkan  tanggungjawab  kendiri  semasa  melakukan

                                                                                           aktiviti fizikal.
                                                                                       7.  Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan
                                                                                           semasa melakukan aktiviti fizikal.

                                                                                       8.  Mengembangkan kebolehan dalam kemahiran motor semasa
                                                                                           melakukan pergerakan.
                                                                                       9.  Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.






                                                                                  20
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24