Page 8 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 8
MANUAL
PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA
SAMT KUALA KUBU BHARU
JALAN PAHANG,
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya kita
masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik. Pada kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan 2020 kerana telah berjaya
menyempurnakan buku ini. Sesungguhnya, Manual Pengurusan 2020 ini sangat penting sebagai rujukan dan
garis panduan kepada guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dalam rangka melaksanakan tugas
dengan lebih efisien dan berfokus.
Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi
mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini, warga pendidik seharusnya bekerja sebagai satu pasukan.
Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin
untuk meningkatkan mutu pendidikan negara agar 6 Aspirasi Murid dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dapat dicapai. Secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk warga SAMTKKB Bumi Toyyibah yang
berketrampilan, profesional, berkualiti dan beretika.
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar untuk menempa nama di persada negara dan dunia
pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat diharapkan supaya dapat
menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui
pengurusan sekolah yang cekap dan efisien.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan
dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada
kemudian hari. Insya-Allah.
Sekian. Wassalam
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH
Saya yang menjalankan amanah,
................................................................
PUAN HAJAH MARIAHTOL KIFTIAH BT DARUS
Pengetua
SAMT KUALA KUBU BHARU.
9 | S A M T K U A L A K U B U B H A R U
#samtkkbbumitoyyibah

