Page 11 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 11

MANUAL

                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR




             4.    PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

                   •   Semua  guru WAJIB  menghadiri perhimpunan rasmi  sekolah pada  masa  dan hari  yang
                       ditetapkan.


                   •   Guru  lelaki  hendaklah  memakai  kemeja  berlengan  panjang  dan  bertali  leher.  Guru
                       perempuan  WAJIB  memakai  pakaian  yang  menutup  aurat.  Semua  guru  digalakkan
                       memakai kot.

                   •   Guru-guru  akan  bersama-sama  pelajar  menyanyikan  Lagu  Asmaul-Husna,  Negaraku,
                       Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

                   •   Guru  bertugas  harian  hendaklah  merekod,  melapor  dan  mencatat  semua  aktiviti  yang
                       berlaku sepanjang hari bertugas di dalam buku laporan harian yang disediakan di pejabat
                       sekolah.


             5.    MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS

                   •   Guru dan kumpulan pelaksana tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam
                       waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua.

                   •   Guru  yang  mendapat  arahan  PPD/JPN/JAIS/KPM/LPM/MPM  dan  lain-lain  mesti
                       memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
                   •   Guru dan Kumpulan Pelaksana juga dikehendaki mengisi dua salinan Borang Kebenaran
                       Keluar  dan  dapatkan  tandatangan  Pengetua  /  Guru  Penolong  Kanan.  Satu  salinan
                       disimpan dalam fail di pejabat manakala satu salinan lagi diserahkan kepada Pengawal
                       Keselamatan bertugas di pos pengawal untuk direkodkan.
                   •   Guru yang mendapat kebenaran daripada Pengetua hendaklah merakamkan waktu keluar
                       dan waktu kembali semula ke sekolah.

                   •   Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas yang
                       ditinggalkan dan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan.

                   •   Semua  urusan  peribadi guru  hendaklah dilakukan  di  luar  waktu  sekolah  kecuali  dalam
                       keadaan kecemasan.


             6.    PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS

                   •   Guru  wajib  mematuhi  Surat  Pekeliling  Bil. 6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan).

             7.    KAD PERAKAM WAKTU

                   •   Rakaman  kehadiran  guru  /  catatan  kehadiran  guru  adalah  dokumen  yang  membantu
                       Pengetua untuk membuat penilaian ‘ Prestasi Tahunan‘.
                   •   Guru  yang  hadir  untuk  kegiatan  kokurikulum  dan  kelas  tambahan  juga  dikehendaki
                       menandatangani buku kehadiran kokurikulum / kelas tambahan.
                   •   Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan
                       atau  sebab-sebab  yang  munasabah  dan  mendapatkan  tandatangan  Pengetua  dengan
                       segera.

                                                                  12 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16