Page 12 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 12

MANUAL

                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR




             8.    KEHADIRAN MESYUARAT / PROGRAM RASMI SEKOLAH / KURSUS DALAMAN

                   •   Guru wajib menghadiri semua mesyuarat dan program rasmi sekolah.
                   •   Guru  yang  tidak  hadir  hendaklah  mendapat  kebenaran  daripada  Pengetua  dengan
                       permohonan secara rasmi. Bukti ketidakhadiran hendaklah disertakan.
                   •   Semua  mesyuarat  mesti  mempunyai  agenda  dan  minit.  Keputusan  mesyuarat  mesti
                       disampaikan kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan.
                   •   Pakaian  semasa  menghadiri  mesyuarat  hendaklah  pakaian  rasmi.  Kemeja  T,  pakaian
                       sukan, sandal dan selipar tidak dibenarkan.

             9.    KEGIATAN KOKURIKULUM
                   •   Semua  guru  akan  ditugaskan  menjadi  Penasihat  kegiatan  kokurikulum.  Tugas  ini
                       hendaklah dijalankan dengan cekap.
                   •   Semua  guru  wajib  menghadiri  kegiatan  kokurikulum  dan  menulis  nama  dalam  buku
                       kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.
                   •   Guru  hendaklah  memastikan  buku  laporan  aktiviti  kokurikulum  diisi  oleh  pelajar  dan
                       mengesahkan laporan tersebut.
                   •   Buku  laporan  tersebut  hendaklah  dihantar  kepada  Penyelaras  setiap  minggu  untuk
                       disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua / PK Kokurikulum untuk disahkan.

             10.  MELAKUKAN KERJA LUAR

                   •   Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah
                       Am Bab ‘D’ seperti berikut :-

                            ▪   Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
                            ▪   Tidak dilakukan semasa waktu pejabat.
                            ▪   Tidak menjejaskan kredibiliti sebagai penjawat awam.
                            ▪   Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
                                jabatan.

                   •   Berhubung dengan menjalankan tuisyen di luar, guru-guru diingatkan bahawa tindakan
                       tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) subseksyen 79 ( e ) dan
                       subseksyen 132 ( g ) di mana   boleh didenda   tidak melebihi RM 50,000 ( Ringgit
                       Malaysia : Lima Puluh Ribu ) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

             11.  CUTI

                   11.1     Cuti Rehat / Cuti Penggal

                            •   Mengikut  Surat  Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  KP  (PP)  0046.SJ/A(30)
                                bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
                                untuk  menggantikan  cuti  rehat.  Namun  guru  boleh  dipanggil  bertugas  oleh
                                Pengetua  tidak  melebihi  sepertiga  daripada  jumlah  cuti  sesuatu  tahun  untuk
                                menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

                                                                  13 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17