Page 13 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 13

MANUAL

                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR



                   11.2     Cuti Rehat Khas ( CRK )


                            •   Tidak melebihi daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan
                                Pendidikan  di  perenggan  8,  Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  4  tahun  1977
                                diganti  dengan  Cuti  Rehat  Khas  sebanyak  tujuh  (7)  hari  dalam  satu  tahun
                                kalender.

                            •   ( rujuk Perintah Am 1 ( ix ) bab C ).

                   11.3     Cuti Sakit

                            •   Guru-guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan
                                kepada Pengetua atau Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan
                                KoKurikulum mengikut tatacara berikut :

                                −   Menelefon segera kepada Pengetua.

                            •   Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua atau Penolong
                                Kanan apabila datang bertugas kembali (tidak melebihi 2 hari). Jika tidak, cuti
                                tersebut akan dianggap sebagai Cuti Rehat Khas (CRK).

                   11.4     Cuti Kecemasan / Cuti Rehat Khas

                            •   Untuk  memohon  cuti  ini,  sila  baca  surat  Pekeliling  KPM  yang  dilampirkan
                                bersama.

                            •   Dapatkan borang permohonan daripada Pejabat Sekolah.

                            •   Serahkan borang yang siap diisi untuk kelulusan.


                   11.5     Cuti Keluar Negara

                            •   Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti
                                sekolah atau semasa penggal persekolahan. Sila isikan borang permohonan yang
                                ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

                   11.6     Cuti Tanpa Rekod

                            •   Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa,
                                cuti  latihan  pasukan  sukarela  menghadiri  latihan  atau  khemah  tahunan
                                pertubuhan  /  persatuan  latihan  syarikat  kerjasama,  menduduki  peperiksaan,
                                mesyuarat persatuan ikhtisas mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.



                   11.7     Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
                            •   Diberikan  kepada  pegawai  yang  kematian  ahli  terdekat  selama  tiga  (3)  hari
                                sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri,
                                anak-anak,  ibu  dan  bapa  kandung.  Pengiraan  cuti  termasuk  hari  rehat  dan
                                kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.



                                                                  14 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18