Page 10 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 10

MANUAL

                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR




                                        PENTADBIRAN AM UNTUK GURU
                     DAN AHLI KUMPULAN PELAKSANA SAMT KUALA KUBU BHARU


             1.    ARAHAN AM

                   •   Selaku  pegawai  kerajaan,  guru  adalah  tertakluk  kepada  arahan  yang  terdapat  dalam
                       Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga
                       mematuhi Perintah Am tersebut.

                   •   Guru dan kumpulan pelaksana sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh
                       mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

                   •   Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai
                       satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

                   •   Semua guru dan kumpulan pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-
                       prinsip perkhidmatan cemerlang.
                   •   Guru hendaklah mengamalkan dan  menghayati  Moto,  Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan
                       Piagam Pelanggan Sekolah, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
                       dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

                   •   Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki meletakkan kepentingan pelajar dan
                       sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas.

                   •   Semua  guru  dan  kumpulan  pelaksana  dikehendaki  bertanggungjawab  menjaga  dan
                       menjamin keselamatan pelajar ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
                   •   Semua guru dan kumpulan pelaksana hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang
                       berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.


             2.    WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

                   •   Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.

                   •   Semua guru wajib berada  dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali
                       menjalankan tugas rasmi di luar.


             3.    MASA TIBA SEKOLAH

                   •   Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.


                   •   Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.00 pagi dan berada di tapak
                       perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan pelajar dan mengawal disiplin mereka.

                   •   Waktu balik bagi guru bertugas harian adalah jam 4.30 petang.


                   •   Semua guru WAJIB mengetik kad perakam, masa tiba ke sekolah dan masa balik.





                                                                  11 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15