Page 138 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 138
27.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus pada guru dan guru hendaklah membacanya.
27.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementeria, Jabatan Pendidikan guru hendaklah mengembalikan dengan
segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
28. PEJABAT SEKOLAH
28.1 Pejabat sekolah adalah ruang kerja bagi kakitangan sekolah yang bertugas di pejabat.
28.2 Guru dan kakitangan lain tidak digalakkan masuk ke ruang kerja pejabat kecuali atas urusan
yang mustahak dan dibenarkan.
28.3 Terdapat maklumat-maklumat penting, maklumat sulit dan maklumat peribadi kakitangan sekolah
disimpan di pejabat yang tidak wajar diketahui oleh guru lain.
29. TELEFON
29.1 Penggunaan telefon oleh guru-guru hanya dibenarkan untuk urusan rasmi berkaitan sekolah.
Penggunaan untuk urusan peribadi adalah tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan kecemasan. Semua
penggunaan hendaklah dicatatkan dalam buku rekod penggunaan telefon.
30. KUNCI
30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat/serah kepada kakitangan pejabat.
30.2 Guru yang ingin menyimpan kunci bilik-bilik tertentu dalam tempoh yang lama, dimestikan
mendapat kebenaran Pengetua. Guru tersebut betanggungjawab sepenuhnya terhadap keadaan bilik
tersebut dan harta benda yang ada di dalamnya.
31. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
31.1 Guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah mengikut ketetapan yang telah
dibuat.
32. MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH DAN PROFESION
32.1 Guru hendaklah pada bila-bila masa menjaga nama baik sekolah dan profesion perguruan yang mulia.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020 136

