Page 135 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 135

9.2    Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia,
                              Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan.

                       9.3    Guru-guru  yang  akan  bertukar  sekolah  hendaklah  mempastikan  terlebih  dahulu  kerja-kerja  telah
                              sempurna,  membuat  penyerahan  tugas  dan  kembalikan  apa  jua  harta  kepunyaan  sekolah  serta
                              menjelaskan hutang piutang sekiranya ada dengan pihak sekolah.


               10.     TUGAS
                       10.1   Guru  akan  diberi  tugas-tugas  berbentuk  kurikulum,  kokurikulum  dan  pentadbiran.  Mereka  mesti
                              melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
                       10.2   Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke
                              Jabatan  Pendidikan  atau  ke  sekolah  lain,  guru  hendaklah  mengambil  tindakan  sendiri.  Guru  yang
                              ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran pengetua. Jika tugas
                              itu  terpaksa  dijalankan  oleh  pihak  lain  atas  persetujuan  sesama  sendiri,  maka  ia  mesti  sampai  ke
                              pengetahuan dan kebenaran Pengetua.


               11.     BUKU PERSEDIAAN / FAIL MENGAJAR
                       11.1   Setiap  guru  akan  diberi  sebuah  Buku  Persediaan  /  Fail  Mengajar  dan  bertanggungjawab  terhadap
                              keselamatan  buku/fail  tersebut.  Semua  butiran  hendaklah  disempurnakan  dengan  teliti,  kemas  dan
                              lengkap.  Buku/fail  ini  hendaklah  diserahkan  ke  pejabat  pada  hari  Jumaat  untuk  disemak  dan
                              ditandatangani oleh Pengetua/Pihak Pentadbir sekolah.

                       11.2   Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.
                       11.3   Buku Persediaan / Fail Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Terakhir tahun persekolahan
                              atau mengikut tarikh ditetapkan.


               12.     JADUAL WAKTU
                       12.1   Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

                       12.2   Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
                       12.3   Guru-guru ganti hendaklah masuk kelas seperti dijadualkan dan mengajar mata pelajaran yang boleh
                              diajar.  Guru-guru  tidak  digalakkan  membiarkan  pelajar  membuat  kerja  sendiri  (Sila  rujuk  Pekeliling
                              Ikhtisas bil.3/1981).


               13.     KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

                       13.1   Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamataan harta benda
                              sekolah dan keceriaan sekolah supaya dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa bersih, cantik
                              dan indah di kalangan pelajar (rujuk surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/1989)

                       13.2   Mereka yang merosakkan harta benda sekolah sama ada sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa
                              kr pengetahuan pihak sekolah.

                       13.3   Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
                              penggunaan alat-alat bagi bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.


               14.     KEBERSIHAN


                      BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020                                                                                                           133
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140