Page 137 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 137
19.4 segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan
kemas.
19.5 Guru-guru juga dilarang membuat rundingan-rundingan dengan mana-mana pembekal/peniaga tanpa
kebenaran Pengetua.
20. KEGIATAN KOKURIKULUM
20.1 semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan
dengan cekap dan teratur.
20.2 Guru-guru diwajibkan hadir dalam semua aktiviti ko-kurikulum, sukan dan permainan yang dirancang oleh
pihak sekolah malah apa jua aktiviti luar bilik darjah yang berkaitan dengan kurikulum.
21. PERHIMPUNAN SEKOLAH
21.1 Semua guru wajib menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan.
21.2 guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
21.3 guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.
22. MESYUARAT GURU
22.1 Dari masa ke semasa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat
ini adalah diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/Ketua Panitia.
23. BUKU STOK/INVENTORI
23.1 Guru Kanan/Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan
maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan
disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/Penolong Kanan.
24. TANDA NAMA
24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar
sekolah.
25. KEAHLIAN KELAB GURU/PIBG
25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah.
25.2 Jumlah yuran Kelab Guru tertakluk kepada keputusan guru.
26. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
26.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
26.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.
26.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan
segera berkeadaan baik.
26.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.
27. ARAHAN DAN PEKELILING
27.1 setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi
serta ditandatangani selepas membacanya.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020 135

