Page 134 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 134
5.5.2 Perbelanjaan sebenar hanya boleh dibuat apabila peruntukan Bantuan Perkapita diterima
daripada JPNJ. (dalam bulan Mac atau April )
5.5.3 Ketua Panitia dikehendaki mengisi borang Nota Minta dengan mendapatkan pengesahan Guru
Kanan dan kelulusan Pengetua sebelum membuat sebarang perbelanjaan.
6. PAKAIAN ( SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 6/1985 )
6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
6.4.1 Guru perempuan seluar trek/panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek. Kasut
sukan atau getah tanpa tumit.
6.4.2 Guru lelaki seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau
jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan
sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan
kepada guru atau pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaun, status sosial, sosial ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
8. BILIK GURU
8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk
keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
8.2 Guru hendaklah berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap
sebagai ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa
tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang
sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
8.5 Guru-guru hendaklah mematuhi peraturan bilik-bilik khas sekolah yang telah ditetapkan.
9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
9.1 Guru hendaklah sentiasa memastikan maklumat perjawatan sentiasa dikemaskini. Sila rujuk Penolong
Kanan / Guru Data / Bahagian Perkhidmatan sekolah untuk melihat maklumat guru dalam laman
sesawang berkaitan.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020 132

