Page 133 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 133

5.      KEWANGAN


                       5.1    BAYARAN TAMBAHAN
                              5.1.1   Kutipan Bayaran Tambahan (jika ada) hendaklah dikutip dari pelajar-pelajar dan diserahkan ke
                                     pejabat mengikut tarikh yang akan ditetapkan pihak sekolah. Pastikan semua pelajar-pelajar
                                     telah menjelaskan bayaran masing-masing pada tarikh yang ditetapkan

                              5.1.2   Guru-guru kelas tidak dibenarkan menyimpan wang di tangan bagi tempoh 2-3 hari, tetapi
                                     hendaklah diserahkan pada hari kutipan tersebut bersama-sama Buku Resit Pelajar.

                              5.1.3   Tarikh pada resit pelajar mesti sama dengan tarikh serah ke pejabat.



                       5.2    PANJAR WANG RUNCIT

                              5.2.1   Pembelian-pembelian runcit/ tuntutan yang kurang daripada RM100.00
                                     Resit-resit / tuntutan hendaklah diserahkan ke pejabat (U.P : Unit

                                     Kewangan) selewat-lewatnya 1 minggu bermula pada tarikh diresit

                                     dikeluarkan)
                                     Contohnya : Jika pembelian runcit bertarikh pada bulan April, hendaklah diserahkan pada bulan
                                     April, tidak boleh diserahkan pada bulan Mei.
                              5.2.2   Pembayaran wang runcit akan dibuat sekiranya peruntukan kewangan ditangan mencukupi.


                       5.3    TUNTUTAN PERJALANAN RASMI

                              Contoh : Menghadiri Kursus /Mesyuarat/Membawa Pelajar ke Pertandingan
                              Hendaklah diserahkan ke pejabat selewat-lewatnya pada 27 hb setiap bulan. Sebarang kelewatan adalah
                              tanggungjawab tuan/puan.


                       5.4    PEMBAYARAN MELALUI CEK YANG MELEBIHI HAD RM100.00

                              Pembayaran akan dibuat /diproses selewat-lewatnya 10 hari – 14 hari mengikut peruntukan yang ada.
                              Jika tidak bayaran akan dibuat bagi tempoh 1 bulan.

                              Contoh : Membawa pelajar ke pertandingan


                              5.4.1   Tuntutan dibuat selesai menghadiri sesuatu pertandingan, mesyuarat dan lain-lain
                              5.4.2   Semua borang tuntutan hendaklah disertakan bersama resit pembayaran / resit pendaftaran
                                     dan Surat Arahan.


                       5.5    PERBELANJAAN PANITIA MATAPELAJARAN

                              5.5.1   Ketua  Panitia  hendaklah  mengemukakan  anggaran  perbelanjaan  panitia  masing-masing
                                     sebelum 31  Januari




                      BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020                                                                                                           131
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138