Page 151 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 151

134        TOPIK 5    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK




                  Namun begitu, cadangan dalam Perlembagaan Rakyat tersebut dianggap
                  terlalu radikal dan ditolak oleh British. Walaubagaimanapun, Perlembagaan
                  Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

            (d)  Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
                  Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu  mengambil kira cadangan
                  yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja 1946. Antara ciri-ciri penting
                  perlembagaan ini ialah:

                  (i)   Sembilan negeri Melayu disatukan dalam  Kerajaan Persekutuan
                       Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka;

                  (ii)  Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya
                       Tinggi British dan dibantu oleh Majlis  Undangan Persekutuan dan
                       Majlis Mesyuarat Kerajaaan Persekutuan;

                  (iii)  Raja-raja Melayu diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat
                       Majlis Mesyuarat dan Majlis Undangan Kerajaan Negeri;

                  (iv)  Syarat kewarganegaraan diketatkan;

                  (v)  Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera, serta
                       mempunyai perwakilan terbesar dalam kerajaan Persekutuan dan
                       kerajaan negeri;

                  (vi)  Penubuhan sebuah Majlis Raja-raja  Melayu yang ditugaskan untuk
                       menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dan penubuhan Majlis
                       Mesyuarat Undangan Negeri pada peringkat negeri yang berperanan
                       sama seperti Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan; dan

                  (vii)  Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan
                       Residen British dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi
                       kewangan, kesihatan dan kerajaan tempatan.

                  Maka, Perlembagaan Persekutuan  1948 berjaya mengembalikan semula
                  kedudukan raja-raja Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu yang
                  sebelum ini hampir dihapuskan semasa Malayan Union.  Selain  itu, taraf
                  kewarganegaraan juga diperketatkan. Ini memberikan kelegaan kepada
                  penduduk asal, yakni orang Melayu.

            (e)   Cadangan Suruhanjaya Reid 1956
                  Sebagai persediaan untuk memberikan kemerdekaan kepada  Tanah
                  Melayu, satu suruhanjaya khas ditubuhkan pada Jun 1956 yang ditugaskan
                  untuk membentuk perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
                  merdeka. Terdapat beberapa syarat  sebelum cadangan perlembagaan ini
                  dibentuk iaitu membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang kuat,
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
                                               Copyright
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156