Page 152 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 152

TOPIK 5    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK           135




                       menjamin kedudukan istimewa orang Melayu, memelihara kedudukan
                       raja-raja Melayu, melindungi kedudukan kaum  bukan Melayu dan
                       menjunjung prinsip demokrasi.

                       Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan  dan mendapat pandangan
                       daripada pelbagai pihak. Terdapat 131 memorandum bertulis yang
                       mewakili pelbagai pihak termasuk  Parti Perikatan (Gabungan UMNO,
                       MCA dan  MIC) dan raja-raja Melayu. Memorandum yang dibawa  oleh
                       Parti Perikatan mewakili kehendak semua etnik di Tanah Melayu. Antara
                       cadangan yang dibawa oleh Parti Perikatan ialah:
                       (i)   Kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri;

                       (ii)  Kewujudan jawatan ketua negara yang  bergelar Yang di-Pertuan
                             Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menggantikan jawatan
                             Pesuruhjaya Tinggi;

                       (iii)  Majlis Raja-raja yang sedia ada diteruskan;

                       (iv)  Pembentukan parlimen yang mengamalkan sistem dua dewan;
                       (v)  Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa;

                       (vi)  Islam sebagai  agama  rasmi dan  Bahasa Melayu menjadi bahasa
                             kebangsaan; dan
                       (vii)  Takrif „Melayu‰ dalam perlembagaan.

                       Amnya, cadangan yang dibawa ini membawa  dua perkara besar dalam
                       hubungan  etnik iaitu kesanggupan pemimpin etnik bukan  Melayu
                       mengiktiraf kedudukan orang Melayu melalui empat unsur tradisi dan
                       pengorbanan yang ditunjukkan oleh  orang  Melayu dengan mengiktiraf
                       kedudukan warganegara bukan Melayu  melalui prinsip  jus soli.
                       Jawatankuasa menyemak cadangan tersebut dan diterima sebagai rangka
                       dalam perlembagaan yang akan dibentuk.

                  (f)   Perlembagaan Persekutuan 1957
                       Akibat penentangan orang Melayu  ke atas Malayan Union, maka
                       terhasillah  sebuah perlembagaan  yang mendapat tolak  ansur  pelbagai
                       kaum  utama di Tanah Melayu. Perlembagaan ini diisytiharkan pada 1
                       Februari 1948 yang mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya ialah:

                       (i)   Ketua negara  ialah Yang di-Pertuan Agong  yang bertindak atas
                             nasihat kabinet dan Majlis Raja-raja;

                       (ii)  Ketua kerajaan ialah  Perdana Menteri dengan kabinet (jemaah
                             menteri) ă sebagai badan tertinggi dalam menggubal dasar kerajaan;

                                               Copyright
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157